Jika Si Dia Jodoh Anda, Pasti Ditemukan Tanpa Disangka-sangka.

Orang kata, “jodoh pertemuan, ajal, maut semuanya adalah rahsia Allah.” Bila, dimana tidak diketahui secara detail oleh kita. Tetapi dalam bab jodoh, kita perlu berusaha untuk mendapat jodoh tersebut. Ialah, rezeki tak akan datang tanpa kita berusaha bukan?



Berusaha untuk mendapatkan jodoh itu perlu. Tetapi kita juga perlu mematuhi apa yang diajarkan oleh Islam. Untuk mendapatkan jodoh yang baik, kita juga hendaklah menjadi baik terlebih dahulu. Amatlah disarankan agar menjaga pergaulan dalam proses berkenalan.

Apapun, usah terlalu berharap si dia sememangnya jodoh kita. Jika benar si dia jodoh kita, Allah akan temukan anda dengan si dia dengan pelbagai cara. Malah dengan cara yang tak di sangka-sangka. Sebab itu kita tidak digalakkan berdua-duaan, bermesra sebelum mempunyai apa-apa ikatan yang sah. Kerana, belum tentu juga dia menjadi milik anda kelak.

Apa yang penting, perlu berusaha untuk menjaga diri dalam tempoh perkenalan. Fikir saja, “kalau ada jodoh, tak kemana juga si dia.” Betapa banyak hari ini sebuah pasangan menjaga orang yang bukan jodohnya sebelum bernikah. Ramai bukan? Akhirnya, diketahui orang itu bukan jodoh pasangan tersebut.


Buat masa sekarang, adalah lebih baik kita menjaga diri agar dapat membina peribadi yang baik. Banyakkan amal ibadah, selalu melakukan perkara-perkara sunat. Dengan demikian, anda akan temui juga jodoh sedemikian.

Sekiranya si dia yang anda harapkan bukan jodoh anda, tidak mengapa. Usah bersedih. Kerana Allah memberikan apa yang terbaik buat diri kita. Dia lebih mengetahui akan keperluan berbanding kehendak kita. Kerana keperluan itu lebih penting daripada kehendak.

Jalani kehidupan berumah tangga dengan harmoni. Kerana apabila sudah berumah tangga, kewajipan untuk menguruskan keluarga adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri. Tak tunai tanggungjawab, berdosa pula nanti. Jadi, terima seadanya jodoh tersebut. Jika kita dapat terima kenyataan, insyaAllah segala urusan setelah itu akan dipermudahkan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen