Maksud Tersirat Bahasa Kiasan Wanita Yang Perlu Diketahui Lelaki.

Wanita sememangnya terkenal dengan lakonan terbaik. Expresi mereka menunjukkan perasaan dan jiwa mereka. Untuk memahami mereka sememangnya terlalu mudah. Tetapi perlu diteliti dengan lebih baik supaya lelaki dapat memahami maksud tersirat seorang wanita. Kadang kala mereka menggunakan kiasan. Bukan apa, takut lelaki tersinggung. Tetapi itulah lelaki. Mereka perlu mempelajari lebih lagi bahasa verbal dan non verbal untuk memahami maksud tersebut.



1. Marah.

Apabila marah, semua keadaan tidak kena bagi seorang wanita. Apabila kedengaran bunyi-bunyi bising sesuatu seperti menghempas barang, ketukan kuali di dapur, maka seorang lelaki perlulah memahami mereka. Mungkin seorang wanita sedang keletihan atau penat tu. Jadi, apa lagi. Tunjukkan hero anda. Terus je bantu apa yang patut. Baru macho kan? Hehe

2. Suka.

Apabila mereka suka, jelas kelihatan diwajahnya keceriaan. Senyum lebar, lama pula tu. So, apa yang mereka suka, teruskan buat jika berkemampuan dilain masa. Tak susah. Buat perkara simple tapi menyenangkan mereka, itu sudah cukup.

3. Mahukan sesuatu.

Huh. Ini perkara yang payah untuk wanita ungkapkan. Bukan apa, takut lelaki rasa terbeban. Tapi, dalam hati rasa nakkk sangat akan sesuatu. Wanita memang suka guna bahasa kiasan untuk mendapatkan sesuatu. Contoh ayat, “cantiknya baju tu.” Lelaki bijak akan memahami bahawa dia mahukan baju tersebut. Jadi, kalau dapat tunaikan keinginan tersebut, bagi saja jika boleh. Kalau tidak, berterus terang saja. Insyaallah mereka boleh terima.


Wanita ini bukan apa,tahap mengada-ngada tu kadang tiba-tiba saja muncul. Jadi, layankan saja. Saja nak bermanjalah tu. Percayalah, apabila seorang lelaki dapat memahami bahasa kiasan ini, anda akan melihat wajahnya sentiasa tersenyum. Hehe bahagia tu ada orang faham dia.

Apapun, wanita perlu juga memahami lelaki. Ada juga lelaki masih tidak mengetahui ilmu ini. Jadi, mereka tidak tahu untuk melakukan hal demikian. Oleh itu, ambillah langkah dengan berterus terang saja kepada mereka. Lelaki okey saja kalau berterus terang. Lagi senang untuk mereka faham apa yang dimahukan oleh wanita.
So, sama-samalah untuk saling memahami. Baru best hidup ni kan? Hehe good luck!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen