5 Sebab Kenapa Lelaki Berubah Hati Terhadap Wanita Yang Mereka Cintai.

Bukan sahaja wanita yang mudah berubah hati ketika pasangan mereka telah melakukan onar, lelaki juga mempunyai perasaan yang sama.

Tetapi, di sebabkan lelaki ini bukan mudah untuk meluahkan perasaan secara terang-terangan, jadi wanita menjadi keliru, adakah pasangan mereka masih menyayangi mereka atau pun tidak?



Wahai wanita, anda perlu tahu 5 perkara di bawah ini sebenarnya menyebabkan lelaki mudah berubah hati tanpa anda sedar! Jom baca!

1. Sering dibanding-banding dengan lelaki lain.

Siapa sahaja yang suka dibandingkan, bukan? Antara adik-beradik juga mereka tidak suka dibandingkan, apatah lagi lelaki yang dibandingkan dengan lelaki lain. Terutamanya bekas kekasih mu, wahai wanita!

Jika anda benar-benar mencintai pasangan anda yang sekarang, jadi jangan mempersia-siakan lelaki di depan matamu itu!



2. Status dan kejayaan wanita yang lebih tinggi.

Sebenarnya, lelaki mudah tergugat apabila teman wanitanya mempunyai jawatan kerja yang lebih bagus dan berpendapatan tinggi daripada mereka. Jika lelaki mendapati teman wanitanya sering memperkecilkan pekerjaan dan tidak menghormati gaya mereka, lelaki ini mudah berkecil hati.

Jika wanita tidak pandai memujuk, memang lelaki akan berubah hati dan terus menghilangkan diri.

3. Tidak suka dibebel.

Lelaki tidak kisah jika bebelan itu seperti tidak mengancam diri mereka, tetapi jika tiba-tiba nada suara wanita berubah menjadi lebih tinggi seolah-olah mencari gaduh, lelaki akan membalas dengan nada suara yang tinggi juga.

Jika anda benar menghormati pasangan, jangan menengking dan melenting terhadap mereka. Mereka akan mudah berubah hati. Hati-hati!



4. Kurang bermesra.

Wanita yang berdikari dan berpewatakan kasar adalah salah satu ciri-ciri idaman lelaki, tetapi lelaki inginkan juga wanita yang pandai berpenampilan sedikit feminin. Oleh kerana itu lelaki yang dominan akan cuba mengubah wanita seperti ini untuk pandai bermesra dan bermanja.

Jika wanita yang mereka cintai tidak berubah menjadi feminin, mereka akan mudah berubah hati.

5. Dikongkong.

Lelaki juga mudah berubah hati, ketika dirinya sering dikongkong oleh wanita yang mereka cintai. Mereka seolah-olah merasakan wanita kesayangannya tidak lagi mempercayai diri mereka, dan akan mudah rasa terkilan. Jaga-jaga wahai wanita!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen