Mengapa Emosi Wanita Mudah Berubah Tidak Kira Waktu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita adalah manusia yang sangat merumitkan. Untuk memahaminya tidak mudah. Ia juga tidak mampu mengambil masa yang singkat dan tidak juga untuk bertahun lamanya. Mengapa? kerana mereka ini mempunyai sembilan nafsu yang perlu dikawal di samping mempunyai emosi yang mudah terganggu dan berubah. Apabila bercakap mengenai emosi seorang wanita, ia adalah sesuatu yang panjang dan sukar dibahaskan. Emosi mereka ini juga perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan untuk bersifat terganggu. Apa yang dimaksudkan dengan sifat terganggu? Terganggu yang dimaksudkan ialah bila-bila masa sahaja mereka ini boleh jadi pemarah, sedih dan manja. Haa, pelik bukan. Tapi itulah hakikat seorang wanita.



Namun, terdapat beberapa punca yang menyebabkan emosi wanita ini berubah-ubah tidak kira waktu.

1. PMS.

Gangguan PMS ini adalah sangat mengganggu dikalangan wanita. PMS itu adalah ketika seorang wanita itu datang bulan. Ketika mengalami PMS ini, seorang wanita itu mempunyai perubahan hormon. Dan ada sesetengah mereka ini mengalami sakit-sakit yang membuat diri mereka terganggu. Sebagai contoh, senggugut, sakit kepala, sakit badan dan lain-lain lagi.

2. Masalah kerja.

Wanita ini adalah seorang yang tidak boleh mempunyai masalah. Jika mereka ini mempunyai masalah atau tekanan, emosi mereka ini terus berubah. Mereka juga tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan tekanan yang mereka hadapi secara langsung. Dan mereka juga lambat untuk menenangkan diri mereka.


3. Terasa lapar.

Siapa sangka dengan merasa lapar mampu mengganggu emosi wanita. Tetapi itulah kenyataannya. Wanita sukar mengawal emosi mereka apabila mereka terasa lapar walaupun sedikit. Dan kalau mereka ini rasa terlampau lapar, mereka ini mengamuk tidak tentu pasal.

4. Rasa diabaikan.

Rasa diabaikan juga turut mengganggu emosi wanita. Mengapa? sebab setiap wanita inginkan belaian dan kasih sayang dari orang yang mereka cintai. Itu belum lagi jika mereka tidak memperoleh perhatian. Lagi lah emosi mereka terganggu.

Sebenarnya, banyak perkara lagi yang boleh mengganggu emosi wanita tanpa sedar. Jadi mereka akan sentiasa berubah emosi bergantung pada apa yang mereka lalui pada ketika itu. Jadi jangan pernah melatah dengan emosi mereka ini. Tapi cuba memahami dan kawal emosi mereka dari terganggu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen