Kenapa Masih Diuji Setelah Putus Cinta?

Niat dihati ingin menjadi seorang yang lebih baik. Tidak mahukan cinta palsu. Tetapi kenapa setelah berbuat demikian Allah datangkan pula ujian lain. Sedangkan niat tersebut adalah mulia. Malah baik untuk diri dan agama. Pelik, tapi benar.



Apabila putus cinta, tiada pula tanda-tanda ada orang berkenan dihati, lambat pula jodoh datang walaupun telah berusaha keras untuk mencari cinta sejati. Pastinya ada sebab Allah timpakan lagi ujian setelah kita membuat keputusan untuk berubah. Yang pasti, Allah menguji sedemikian kerana dia mengetahui kita mampu menghadapinya jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi?
[AL-Ankabut: 2]


Ini adalah sindirin pedas kepada kita. Dengan makna yang mudah difahami, “kamu ingat kamu baik sangat ke? Aku belum uji kamu lagi.” Dengan ujian tersebut, barulah dapat dipastikan bahawa seseorang itu benar-benar berubah mahupun belum.



Jika dia tetap bersabar dengan ujian setelah berubah, maka dapat diketahui bahawa mereka berubah benar-benar kerana Allah. Bukan berubah kerana manusia mahupun selain daripadanya. Bukti seseorang itu benar-benar berubah adalah dia tetap kuat menghadapi semua ujian tanpa mempedulikan kata-kata manusia.

Walapun kadang kala dia tergelincir, dia tetap akan mencari jalan pulang dengan cara yang betul. Bertaubat, dan terus bertaubat. Perubahan itu mudah, tetapi konsisten untuk melakukan kebaikan itu payah.

Apapun, apabila berada dalam situasi ini, hendaklah meminta kekuatan daripada Allah agar diberi ketetapan iman. Teruskan bersama orang positif yang dapat merangsang melakukan kebaikan. Selain itu, perkukuhkan ibadah wajib dan perbanyakkan amalan-amalan sunat agar amalan tersebut dapat membendung diri daripada terjerumus untuk melakukan kesilapan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen