10 Sebab Masih 'Single.'

Banyak faktor yang manjadi penghambat seseorang belum bertemu jodoh. Antaranya:



1. Kerjaya.

Sibuk bekerja menyebabkan seseorang tidak mampu untuk berfikir mengenai perkahwinan. Bahkan risau sekiranya pasangan kelak akan diabaikan sekiranya telah berumah tangga.

2. Selesa bersendirian.

Apabila semua perkara boleh dilakukan sendiri, dia merasa hidup tanpa sesiapa okey-okey saja. Usah begitu, kelak kita tidak mengetahui keadaan di masa hadapan. Jika sakit, siapa mahu bantu? Jika susah, siapa yang ingin memberi semangat? Bukankah berkahwin juga satu sunnah?

3. Belum bersedia.

Lelaki akan berfikir sekiranya dia dapat membina kerjaya dengan baik, mempunyai kewangan yang kukuh, barulah mereka akan berkahwin. Dalam islam, kita dijanjikan akan diberikan kekayaan setelah bernikah. Oleh itu, teruskan saja hasrat jika sudah mempunyai calon.


4. Faktor ibu bapa.

Kemungkinan besar disebabkan wang hantaran yang tinggi ataupun ibu bapa tidak mendapat calon yang diiginkan menyebabkan tertangguhnya perkahwinan. Oleh itu,berbincanglah secara baik dengan mereka, dengan berlemah lembut, mudah-mudahan mereka dapat menerima permohonan anda untuk menerima calon yang diidamkan.

5. Sakit.

Sakit yang teruk menyebabkan seseorang risau sekiranya menyusahkan pasangan kelak. Tetapi, percayalah. Sekiranya pasangan benar-benar mencintai anda, dia sanggup berkorban demi bersama-sama membina keluarga. Oh ya. Sakit kerana sihir pun boleh jadi. Maka berikhtiarlah dengan perubatan Islam, mudah-mudahan ada hasilnya.

6. Pernah dilukai.

Perasaan takut dikhianati masih lagi menghantui hidup. Apabila berada dalam situasi ini. Berusahalah menjadi seorang yang lebih baik. Bukankah lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Begitu jualah sebaliknya.

7. Kurang kesungguhan.

Mulut kata mahu, tapi tidak mempunyai apa-apa tindakan untuk membina rumah tangga. Oleh itu, berusaha keraslah ke arah tersebut. Maka kita akan dapatkan hasil tersebut.

8. Memilih.

Memilih boleh, tetapi terlampau memilih itu tidak dibenarkan. Bukankah kita juga mempunyai kekurangan. Oleh itu, terimalah seseorang yang mempunyai kekurangan juga. Tetapi yang penting pasangan tersebut mempunyai akhlak serta agama yang baik.

9. Peribadi tidak elok.

Jika asyik berbalah, bermasam muka, siapa yang mahu? Oleh itu, perbaiki diri dari masa ke semasa. InsyaAllah ada orang yang berkenan nanti.

10. Doa belum termakbul.

Apapun, berbaliklah kepada Allah. Mungkin jodoh belum tiba, mungkin juga doa tersebut Allah mahu gantikan dengan ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen