Bukan Mudah Nak Jumpa Empat Jenis Wanita Seperti Ini Pada Masa Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita pada masa kini, telah memonopoli pelbagai jenis kerjaya berbanding kaum lelaki. Dengan itu juga, wanita masa kini juga dikatakan lebih ‘demand’ permintaannya terhadap bakal suami mereka. Dengan disajikan drama-drama bersiri pada pukul 7 petang, wanita-wanita ini berharap akan mendapat pasangan seperti dia kaca televisyen. Walaupun begitu, tidak semua kaum wanita begitu. Ada sahaja yang masih menerima segala kekurangan pasangan mereka dan bertolak ansur dalam perhubungan itu.



Wanita yang mempunyai empat ciri ini teramatlah sukar untuk dicari. Jika anda memiliki mereka, teramat beruntunglah anda dan jangan pernah lepaskan mereka ini.

1. Menerima kekurangan anda.

Apabila bercakap mengenai kekurangan, ia bukan berkaitan dengan paras rupa dan penampilan. Tetapi kekurangan dari segi kerjaya dan pelajaran. Seperti yang sedia maklum ramai wanita masa kini lebih berpelajaran dan berkerjaya. Sesetengah dari wanita itu, masih lagi menerima pasangan yang hanya mempunyai gaji yang rendah, ataupun hanya mempunyai motosikal sebagai tunggangan. Lelaki-lelaki seperti ini bukan tidak mampu tetapi lebih kepada mempunyai tanggungan yang lebih besar. Itu sebab mereka ini kekurangan wang dalam hidup.

2. Berkongsi kewangan.

Seseorang pasangan yang baik, tidak akan pernah sesekali kekasih hatinya berada dalam kesusahan. Sebagai contoh, isteri yang berkerjaya tidak akan membiarkan suaminya kelaparan apabila wang gaji tidak mencukupi. Pasti mereka akan menghulurkan sedikit wang perbelanjaan kepada suaminya.


3. Tidak makan di restoran mewah.

Zaman sekarang ini wanita ramai bergaya dengan penampilan yang penuh elegant. Jadi bagi mereka ini tempat yang sesuai adalah restoran mewah. Tetapi berlainan sesetengah wanita, bagi mereka makan di mana-mana juga sama. Mereka tidak memilih tempat makan, bagi mereka asalkan perut mereka kenyang itu sudah memadai.

4. Suka masuk ke dapur.

wanita memang ramai yang suka masuk dapur tapi dengan tujuan untuk makan atau minum sahaja. Berlainan dengan wanita yang suka masuk dapur kerana minatnya untuk memasak atau mencuba masakan baru. Susah nak jumpa yang macam ini, lagi-lagi bila mereka ini mempunyai kerjaya tersendiri.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, wanita itu terbahagi kepada dua jenis, iaitu yang boleh menerima kekurangan anda dan yang tidak. Jika anda menemui mereka yang mempunyai empat jenis ini, anda adalah lelaki yang sangat beruntung.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen