Antara Sebab-Sebab Wanita Lebih Tertarik Pada Lelaki Berjanggut.

Terpulang kepada setiap wanita untuk memilih lelaki idaman mereka. Tetapi menurut kajian lelaki yang berjanggut lebih menarik perhatian wanita kerana kelakian si lelaki lebih terserlah daripada yang berwajah licin dan jambu.



Menurut beberapa saintis, janggut juga sebenarnya memberi penekanan pada bahagian tulang rahang atau dipanggil jaw line si lelaki. Oleh kerana itu, mereka lebih nampak maskulin dan macho apabila berjanggut.

Bukan sahaja pada zaman nabi lelaki semua berjanggut, malah trend terkini, lelaki memang gemar menyimpan janggut dan jambang bukan hanya kerana sunnah semata-mata tetapi untuk gaya juga. Ramai juga di antara selebriti di Malaysia mahu pun di mana-mana sahaja lebih menarik perhatian wanita, terutama Zul Ariffin. Eh!

Tetapi lelaki juga perlu bijak supaya ia tidak kelihatan janggal pada muka mereka, lalu wanita akan merasakan anda terlalu over dengan janggut dan jambang anda. Anda sebagai lelaki perlu bijak mengenakan gaya janggut dan jambang yang sesuai dengan muka, tidak terlalu nipis atau tidak terlalu tebal supaya dapat memikat hati wanita.

Bagi wanita yang jatuh cinta pada lelaki yang memiliki janggut yang sederhana tebal berkemungkinan besar, mereka hanya terpikat untuk dalam jangka masa yang pendek sahaja.



Manakala janggut penuh lebat pula menandakan seorang lelaki yang boleh dipercayai wanita untuk berkahwin dan seterusnya mampu mempunyai ramai anak bagi membentuk sebuah keluarga yang besar.

Namun meskipun kesan tambah penampilan bahagian tulang rahang boleh menarik perhatian kaum wanita, kajian merumuskan bahawa ini tidak berlaku jika seseorang lelaki itu sudah memiliki bahagian dagu yang menonjol.

Menurut laporan akhbar mingguan terkenal Britain, The Sunday Times, rating bagi tahap tarikan adalah paling tinggi bagi wajah berjanggut dengan tulang rahang yang lebih kecil disusuli dengan wajah berjanggut. Selain itu, gaya janggut yang berlainan berpotensi menarik pasangan menerusi cara yang berbeza.



Kajian ini merumuskan bahawa “janggut sederhana adalah paling menarik manakala lelaki berjanggut penuh mungkin dianggap bapa yang lebih baik dapat melindungi dan melabur dalam ramai anak”.

Walaupun telah memasuki tahun 2018, trend memiliki janggut dan jambang di antara semua lelaki masih lagi tidak lapuk. Bagi mereka, ia membuatkan mereka lebih berkeyakinan tinggi dan mampu menarik perhatian sebahagian wanita.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen