Anda Sedang Memperbaiki Diri? Yakin. Jodoh Anda Melakukan Hal Yang Sama.

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). 

[An-Nur: 26]


Sebuah pasangan adalah cerminan bagi masing-masing. Sekiranya anda baik, jodoh anda juga baik. Sebab kebanyakkan kita akan mencari pasangan yang serasi dengannya untuk dijadikan suami atau isteri.

Apabila tidak serasi, jalan terbaik bagi penyelesaian ini adalah berpisah. Kita dapat lihat, apabila seseorang telah membuat haluan yang berbeza daripada pasangannya, sudah tentu mereka mempunyai pemikiran dan perasaan yang berbeza dari sebelumnya.

Ketarikatan hati sudah tidak ada pada ketika itu. Kita mempunyai perancangan, Allah juga mempunyai perancangannya yang tersendiri. Jadi yakinlah dengan perancangan Allah. Dia merancang apa yang terbaik buat kita. Iaitu memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.


Apabila seorang yang baik berjodohan dengan orang yang kurang baik, itu bermakna dia berada di luar kebiasaan. Allah ingin menguji kemampuan dia. Jika dia mampu untuk bersama dan masih berusaha mengajak pasangan kearah kebaikan, maka ganjaran pahala baginya amatlah besar.

Oleh itu, sekiranya anda belum mempunyai calon ketika ini, berusahalah untuk berubah ke arah kebaikan. Dengan demikian anda juga akan diarahkan kepada seseorang yang memperbaiki diri juga. Cenderung untuk memilih yang serasi menurut anda.

Untuk suami mahupun isteri, sekiranya anda merasa pasangan anda terlalu susah untuk diuruskan, itu sebenarnya lambang keperibadian anda. Apa yang patut anda lakukan adalah berubah ke arah kebaikan agar pasangan juga dapat berubah kearah tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen