Tahapan Cinta Yang Perlu Disempurnakan.

Cinta adalah fitrah manusia. Tetapi perlu mengikut keutamaan masing-masing agar kita sentiasa di jalan yang benar. Jika tiada rasa cinta, maka musnahlah segala hidupan di dunia ini kerana dengan tiada cinta, kemungkinan besar manusia menjadi rakus, penuh benci dan zalim. Antara keutamaan yang perlu diberi perhatian dalam hal cinta adalah:



1. Cinta kepada Allah.

Sudah tentunya Allah perlu diberi keutamaan dalam bab ini. Kerana Dia yang menciptakan kita, malahan dia juga memberi rasa cinta terhadap hamba-Nya. Oleh itu laksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w

Banyak pengorbanan baginda dalam menyampaikan dakwah Islam. Jika tidak kerana pengorbanan baginda, kita tidak dapat menikmati hidup dalam keadaan Islam sebagaimana hari ini. Oleh itu, untuk membalas cinta tersebut, hendaklah kita membantu baginda dalam menyebarkan agama Islam mengikut kemampuan kita.

3. Cinta kepada ibu bapa.

Mereka melahirkan, membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa sehingga kita berjaya hari ini. Untuk mengexpresikan cinta kita kepada mereka, maka patuhlah dengan segala yang disuruh asalkan tidak bercanggah dengan agama Islam. Bantu mereka saat diperlukan, hulurkan wang sebaik mungkin agar mereka gembira mempunyai anak seperti kita.

4. Cinta kepada pasangan.

Kita dianjurkan untuk mencari pasangan yang baik agama dan akhlaknya. Setelah membina rumah tangga, barulah memberi cinta selayaknya terhadap pasangan tersebut. Bukan mencintai sebelum si dia belum halal buat kita. Apabila berkahwin, pasangan adalah amanah buat kita. Jadi, laksanakan tanggungjawab masing-masing sesempurna mungkin apabila bergelar suami isteri.


Setelah sempurna cinta tersebut, barulah kita boleh memberi cinta selain daripada itu tanpa bertentangan dengan hukum Islam. Seperti cinta kepada keluarga, saudara mara, cinta kepada guru, sahabat dan apa jua makhluk yang ada di muka bumi ini. Cintalah mengikut keutamaan agar kita tidak tersasar kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen