Kecantikan Wanita Hanya Untuk Yang Selayaknya.

Wanita diciptakan dengan rupa paras yang elok untuk dijadikan perhiasan buat suami. Apabila belum dimiliki, usah sekali diberi. Kerana kecantikan tersebut terlalu eksklusif.

Apabila berada di hadapan orang yang bukan mahram, maka jagalah pakaian tersebut agar tidak kelihatan bentuk tubuh badan, tidak ketat dan jarang. Di media sosial juga, upload yang perlu saja sudah memadai. Tidak terlalu over untuk ditayangkan.



Fenomena hari ini aneh juga. Kelihatan sangat menutup aurat. Tetapi dalam masa yang sama seolah-oleh menayangkan kecantikan mereka walaupun berjubah dan berpurdah. Sebahagian daripada mereka, bukan kesemuanya. Maaf buat sesetengah yang betul-betul menjaga pakaian.

Berpada-padalah dalam berhias. Betulkan niat apabila memakai apapun pakaian. Kerana dengan berpakaian yang baik akan mendapat pahala dan bahkan akan dilindungi oleh Allah daripada anasir-anasir jahat di luar sana. Tutuplah aurat dengan sempurna seperti yang dianjurkan.


Sangat beruntung seorang lelaki yang mempunyai wanita yang tidak mempamerkan kecantikan tersebut. Jagalah diri sebelum dimiliki, kerana risau akan payah untuk berubah apabila sudah berumah tangga kelak. Bahkan lebih menyedihkan, orang yang kita sayang akan terbabit mendapat dosa atas perkara yang kita lakukan.

Seiring dengan itu, tingkah laku juga perlu dijaga. Jika hanya menutup aurat dengan sempurna tapi, masih galak di hadapan lelaki, mengundang bahaya juga. Oleh itu, jagalah kedua-duanya.

Cantikkan dalaman wanita. Perbanyakkan ibadah kepada Allah, sering bersama-sama dengan orang yang positif. Ini akan memunculkan kecantikan luaran yang luar biasa. Dengan kecantikan dalaman, senyumnya menenangkan hati, sukar tidak menyebabkan dia ingkar dan menambahkan rasa sayang dan cinta seorang lelaki kepadanya iaitu suaminya kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen