Lima Sebab Wanita Perlu Lebih Teliti Dalam Mencari Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan, wanita dikatakan lebih sukar untuk mencarinya. Hal ini kerana, mereka ini perlu meneliti dahulu setiap lelaki yang mempunyai niat untuk menyunting diri mereka sebagai isteri. Bukan hanya dari luaran sahaja penting untuk dijadikan suami tetapi dalaman dan hatinya juga turut penting. Jika hanya main serkap jarang atau hanya menerima sahaja sesiapa, pelbagai kemungkinan akan berlaku dalam rumah tangga yang dibina itu. Kesannya yang diterima sama anda cepat atau lambat. Cuma jika bernasib baik sahaja dapat menemui yang baik-baik.



Ia kerana terdapat beberapa faktor menyebabkan wanita perlu lebih berhati-hati dalam mencari pasangan.

1. Kuasa di tangan suami.

Setelah menjadi seorang isteri, suami berkuasa penuh terhadap anda. Ia bukan hanya sebagai ketua keluarga sahaja tetapi seseorang yang akan membimbing anda hingga ke syurga. Jadi setiap perkara yang disuruh untuk anda lakukan perlu diikuti. Tetapi bagaimana dengan yang melanggar syarak? Pasti sukar anda untuk membuat keputusan nanti.

2. Kesefahaman penting dalam hubungan.

Seorang suami perlu memahami isterinya dalam apa jua keadaan. Terutama jika anda tidak larat melakukan kerja rumah ketika mengandungkan anaknya. Tidak pun ketika anda dalam keadaan uzur, mereka ini perlu faham bahawa anda sangat sensitif pada ketika itu. Jika tiada kefahaman masalah lain pula akan timbul.

3. Pasangan panas baran.

Mendapat pasangan yang panas baran sememangnya ujian yang sangat besar. Wanita itu perlu betul-betul kental untuk menghadapinya. Di saat ini mereka betul-betul diuji sebelum mendapat kebahagiaan nanti. Tetapi sampai bila harus bertahan. Dan jika tidak mampu bertahan macam mana pula kan?


4. Pandangan orang.

Sesiapa pun yang menjadi pilihan itu adalah jodoh wanita itu. Tetapi demi menjaga maruah suaminya dan mengelakkan orang bercakap buruk, pemilihan yang teliti itu perlu. Hal ini kerana ditakuti anda mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain sehingga menyebabkan rumah tangga anda terganggu.

5. Mengelakkan kekejaman rumah tangga.

Seorang wanita itu perlu begitu teliti dalam memilih pasangannya kerana untuk mengelakkan dirinya terlibat dalam kekejaman rumah tangga. Kekejaman rumah tangga boleh terjadi dalam pelbagai sudut seperti penderaan emosi, dan penderaan fizikal.

Jadi jangan terlalu salahkan wanita jika mereka ini terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Bagi dirinya, perkahwinan itu hanya sekali dan kalau boleh ingin bahagia bersama suaminya itu hingga ke hari tua. Biarkan mereka memilih seberapa lama mereka mahu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen