Tanda-Tanda Cinta Anda Sedang Dipermainkan Olehnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila menjalani satu perhubungan, kesetiaan adalah amat penting. Tapi anda sendiri tidak tahu bahawa dirinya itu begitu serius dengan anda atau hanya mempermainkan anda. Adakah anda tahu bahawa diri anda sedang dipermainkan? Tidak bukan? Sukar untuk mengetahui bahawa seseorang yang kita cintai sedang mempermainkan hati dan perasaan kita.



Jadi tanda-tanda ini akan membantu anda mengenal pasti perhubungan anda sama anda dia benar-benar tulus dalam perhubungan atau anda hanya dipermainkan.

1. Tidak menghargai usaha anda.

Setiap pasangan akan menghargai usaha pasangannya. Jadi kalau pasangan anda tidak menghargai usaha anda, itu menandakan ada sesuatu yang tidak kena. Dan biasanya si dia juga akan acuh tak acuh sahaja untuk melayani segala usaha anda itu kerana si dia tahu anda hanya sebagai permainannya.

2. Suka memberi janji.

Pasangan anda juga suka memberi janji, tetapi untuk menunaikan janji itu mengambil masa yang agak lama. Dan biasanya si dia ini mempunyai pelbagai alasan untuk tidak menunaikan janji mereka sehingga membuat anda terlupa akan janjinya itu. Tetapi masih lagi menabur pelbagai janji-janji yang hanya menghampakan anda.

3. Cepat melupakan mengenai anda.

Si dia cepat juga cepat melupakan segala perihal yang berkaitan anda, seperti makanan kegemaran anda, warna kegemaran anda dan pelbagai lagi. Semuanya dipandang sambil lewa. Jika anda menghadapi masalah juga, si dia ini tidak membantu tetapi lebih kepada bersahaja sehingga anda menyelesaikannya sendirian.


4. Tidak tertarik bercakap mengenai perkahwinan.

Apabila anda mula bercakap mengenai perkahwinan dan pernikahan. Si dia mula mengubah topik perbualan itu. Si dia juga kelihatan tidak selesa akan topik perbualan itu. Dan jika anda memaksanya terus, ia akan menimbulkan kemarahannya dan anda akan bertengkar dengan dirinya.

5. Cari anda apabila perlu.

Mereka yang hanya suka mempermainkan anda ini juga mempunyai satu sifat di mana mereka ini akan mencari anda apabila perlu. Iaitu ketika si dia kekurangan wang, kebosanan ataupun ingin bantuan dari anda. Anda tidak menyedari akan hal itu. Kerana bagi anda setiap pasangan bercinta akan sentiasa memberi pertolongan.

Sebelum anda menjadi mangsanya lebih lama. Anda perlu berhati-hati dalam menjalani perhubungan percintaan. Hal ini kerana tidak semua perkara yang anda anggap membahagiakan itu sebenarnya tidak membahagiakan bagi anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen