Sebab Perlu Berubah Sebelum Menjadi Milik Orang.

Dalam menempuh alam perkenalan, sudah tentu banyak dugaan yang dihadapi dan bakal juga dihadapi kelak. Gangguan syaitan untuk merosakkan manusia sentiasa datang bertubi-tubi untuk menjatuh manusia ke lembah hina.

“Jagalah diri sebelum halal untuk si dia.” Pesanlah kata-kata tersebut buat diri dan juga pasangan. Hindarilah perkara-perkara yang boleh mendekat diri terhadap zina. Dalam al-Quran disebut dengan jelas bahawa kita perlu menjauhi perkara yang boleh mendekatkan diri kepada zina. Dekat pun tidak boleh, apatah lagi untuk melakukannya.

Sebenarnya, kekasih yang dicintai dan dipuja tidak layak untuk dijadikan teman hidup sebelum dia dan kita bertaubat dan menginsafi kesalahan yang telah dilakukan semasa bercinta. Sudah tentunya banyak hal-hal terlarang dilakukan tanpa disedari.

Dengan berbalas mesej saja sudah membuat perasaan tidak tentu hala, apatah lagi apabila sudah bertemu dan bertentang mata. Pastinya ada hal-hal yang tanpa disedari, kita sebenarnya telah melakukan dosa.

Jika ingin juga bersama dengannya untuk mendirikan rumah tangga, sebaiknya bertaubatlah terlebih dahulu. Minta ampun kepada Allah dan lakukan solat sunat taubat. Sekiranya tidak pernah melakukan kesilapan dalam perhubungan, syabas! Teruskan kekal dengan momentum tersebut. Dengan demikian, barulah kita akan mendapat rumah tangga yang diberkati Allah. Tenang dan penuh dengan kasih sayang.

Apabila berkasih sayang sebelum waktunya, ini menunjukkan kita sedang berkhianat dengan kesucian cinta tersebut. Bukankah kita tidak boleh mencemari perhubungan dengan melakukan hal-hal yang dilarang? Perlu menjaga kehormatan diri sebaik mungkin?

Oleh itu, ambillah langkah berhati-hati dalam perhubungan. Elakkan dari melakukan dosa walaupun kecil. Kerana yang kecil itulah kadang kala akan membawa kemudaratan yang lebih besar kelak. Apabila berlebihan dan tersalah langkah, insafi diri, istighfar dan terus bertaubat. Itu jalan terbaik untuk dilakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen