Cara-Cara Untuk Mengelakkan Perasaan Curiga Yang Sangat Tinggi Pada Pasangan.

Curiga, cemburu, andaian yang negatif dan bukan-bukan, adalah satu perasaan yang normal pada pasangan yang bercinta. Cemburu tandanya sayang. Tetapi, jika cemburu buta, adakah ia normal?

Adakah dengan cemburu buta, ia menandakan anda sayang pada pasangan? Perasaan curiga atau cemburu yang sangat tinggi pada pasangan adalah apabila anda tidak lagi percaya pada mereka.



Ini akan membuatkan, hubungan kalian berdua sering berantakan dan tidak sihat. Jadi, bagaimanakah untuk mengelakkan perasaan curiga yang sangat tinggi ini? Jom baca!

1. Kenali pasangan anda secara total.

Bagaimana anda mahu bercinta dengan seseorang yang anda tidak kenali bukan? Oleh kerana itu, anda perlu tahu latar belakang mereka, keluarga, sahabat, bekas kekasih atau status mereka sendiri.

Jika anda tidak kenal pasti tentang pasangan, minda anda akan sentiasa membuat andaian negatif. Jika si dia adalah pekerja bank. Sudah tentu si dia mempunyai ramai pelanggan atau client untuk berurusan. Sama juga seperti peniaga.



Jika pasangan anda bekerja sebagai pekerja badan beruniform, anda sudah pasti waktu kerja mereka tidak tetap. Jadi di sini, sedikit demi sedikit sebenarnya anda boleh mengikiskan perasaan curiga yang sangat tinggi. Ia semua hanyalah satu kerja untuk mencari rezeki.

2. Mempunyai karektor diri yang sangat kuat.

Menjadi insan yang kuat adalah kelemahan bagi setiap manusia. Kita sukar untuk menjadi kuat apabila ia melibatkan cinta.

Mengapa anda mampu berdikari untuk mencari kerja, untuk mencari rumah sewa, untuk berjauhan dengan ibu bapa? Tetapi tidak kuat untuk menempuh alam percintaan?



Anda terlalu takut pada kehilangan dan cinta yang tidak terbalas. Anggap sahaja ia adalah pengalaman daripada Allah s.w.t pada anda. Kerana anda tidak yakin pada Allah s.w.t, dan kerana itu anda tidak menjadi seorang yang kuat.

3. Cuba mengalih perhatian pada perkara lain yang lebih penting.

Ya, pasangan anda adalah salah seorang orang-orang penting dalam hidup anda. Selain daripada si dia, siapa lagi yang anda miliki?

Ibu bapa, adik-beradik, sahabat baik atau pun haiwan peliharaan anda. Meluang masa dengan sesuatu yang amat penting pada anda, akan membuatkan anda menjadi lebih menghargai seseorang. Jangan lupa juga, mereka yang lain pun perlu kan kasih sayang anda, bukan hanya kekasih hati sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen