Antara Perkara Menarik Jika Anda Bercinta Dengan Wanita Berjiwa Puitis.

Puitis tidak semestinya wanita ini hanya bijak berpantun, bersyair mahu pun bersajak seperti zaman dahulu. Wanita ini lebih gemar mengekspresikan emosi mereka hanya melalui penulisan. Mereka boleh juga dipanggil sebagai insan yang pendiam atau introvert, tetapi tidak semua.



Bagi mereka, meluahkan perasaan melalui kata-kata hanya membuatkan mereka kelihatan sangat kekok dan tiada jiwa. Oleh kerana itu, mereka gemar menulis dan mampu bercerita melalui penulisan yang agak panjang.

Antara perkara menarik yang anda boleh ketahui…



1. Mereka dilahirkan berjiwa puitis kerana mereka boleh dijadikan sebagai seorang yang mampu bercerita. Atau dikenali sebagai story teller. Dengan nada suara yang sesuai dengan penceritaan, latar belakang dan situasi, anda mampu tenggelam dalam cerita mereka.

Malah anda mampu dapat membayangkan diri anda sendiri yang berada di dalam cerita tersebut.

Jika si dia adalah isteri anda, anda patut berterima kasih kepada mereka, kerana mampu memberikan cerita yang menarik pada anak-anak tidak kira masa. Terutamanya ketika sebelum tidur.

2. Selain daripada itu, wanita yang puitis ini mempunyai kata-kata hikmat, positif dan bermotivasi yang anda boleh jadikan sebagai koleksi.



3. Wanita berjiwa puitis mempunyai ego yang agak rendah, kerana pendapat mereka adalah natural dan general. Mereka tidak akan berat sebelah pada sesiapa.

4. Wanita berjiwa puitis adalah pendengar yang setia hanya kerana mereka mempunyai pendapat yang natural. Jadi, ceritakan masalah anda pada mereka, mereka akan mengajak anda bersama-sama untuk menempuh masalah dan meleraikan konflik.

Bukan membiarkan anda sendiri terkapai-kapai keseorangan.



5. Hanya kerana mereka suka menulis, sudah tentu mereka suka membaca. Jika tidak, bagaimana mereka mahu mendapatkan ilham, bukan?

Oleh itu, anda sentiasa mempunyai bahan bacaan yang menarik di rumah. Jika anda mampu meluangkan masa dengan hobi wanita ini, mereka dapat merasakan diri mereka sangat dihargai.

6. Wanita berjiwa puitis ini sentiasa mempunyai idea yang baru dan bernas. Mereka sangat kreatif. Dan anda akan menjadi kurang bosan dengan mereka.

Tetapi, jangan lupa mereka ini juga berjiwa sensitif. Mereka mampu menulis tentang diri anda seperti yang anda tidak jangkakan dan misteri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen