Kenali Personaliti Orang Pantai Timur.

Setiap negeri dan tempat mempunyai pelbagai bahasa, budaya dan adat yang berkemungkinan besar mempengaruhi hidup seseorang. Oleh itu, ia menghasilkan personaliti atau karekter yang hampir mirip bagi setiap individu. Tapi tidaklah semua begitu. Antara personaliti yang perlu diketahui mengenai orang pantai timur adalah:



1. Bahasa.

Penggunaan bahasa orang Terengganu dan Kelantan hampir sama. Tetapi di Terengganu banyak penggunaan huruf ‘G’ di belakang kata. Misalnya, makan diubah menjadi ‘makang’. Kalau di Kelantan, mereka sering menambah huruf ‘E’ di setiap kata. Contohnya, kadang-kadang menjadi ‘kade-kade’.

Apapun, kedua-dua loghat ini mengikut kesesuaian perkataan tertentu. So, kena banyak studylah ya bab bahasa ni. Kalau di pahang, mudah sedikit. Sebab mereka mengunakan bahasa standard. Tapi, apabila masuk di bahagian lebih mendalam, penggunaan bahasa sedikit berubah. Ada juga yang menggunakan loghat Terengganu, kerana banyak kelompok Terengganu yang berhijrah ke Pahang.

2. Karekter.

Jika dilihat dengan penggunaan bahasa yang dipakai, kemungkinan besar orang yang jarang mendengar akan mengatakan dia seorang yang kasar. Tetapi, sebaliknya ia adalah satu gurauan dalam berbicara. Contoh, “bodo mung ni” yang bermaksud “bodoh kau ni” bukanlah bererti untuk menghina. Tetapi lebih bersifat humor. Apapun, lihat kepada nada mereka. Kalau kasar, marah sangatlah tu. Hehe

Mereka ni, apabila kenal betul, akan menjadi akrab. Bukan seperti yang dimomok-momokkan mengenai orang Kelantan adalah orang yang sombong. Tak ya. Kenal dulu, baru tahu kerekternya. “Dont judge a book by its cover” bak kata orang Terangganu. Eh!

3. Adab dan agama.

Terengganu dan Kelantan sememangnya sangat terkenal dengan negeri keilmuan Islam. Mereka sangat mementingkan agama untuk dipelajari dan diamalkan. Pahang masih lagi dalam proses berjinak-jinak untuk ke arah tersebut. Islam sangat menggalakkan kita mencari pasangan yang mengamalkan ajaran Islam. So, memang patutlah anda pilih orang Pantai Timur sebagai pasangan. Eh! Kesitu pula. Hehe Apapun, lihat secara personal kerekter seseorang, kalau okey, ambil saja. Kan?


Ini antara perkara yang boleh dikenal pasti mengikut pengalaman dan pergaulan bersama orang Pantai Timur. Boleh dijadikan rujukan sekiranya mempunyai pasangan orang Pantai Timur atau sudah berkenan dengan nun di situ. Dah berkenan, jangan tunggu lama-lama ya. Nanti diambil orang pula. Hehe Pesan je.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen