Mengumpat Yang Dibolehkan Ketika Berpasangan.

Mengumpat sebenarnya memang tidak dibolehkan. Tetapi dalam beberapa hal, kita boleh mengumpat tetapi perlulah mengikut situasi tertentu. Dalam berpasangan, antara situasi yang dibolehkan kita untuk mengumpat adalah apabila:



1. Memperkenalkan pasangan.

Misalnya, kita ingin memperkenalkan pasangan kepada ibu dan ayah, tetapi mereka masih kabur-kabur untuk mengenali pasangan tersebut. Maka kita dibolehkan untuk membuka sedikit pengenalan fizikalnya. Contoh dengan berkata, “alah. Yang gelap-gelap sikit tu, badan besar tegap.” Situasi ini dibolehkan.

2. Meminta fatwa.

Apabila kita hidup, pastinya perlu berlandaskan hukum Allah. Apabila tidak diketahui mengenai sesuatu hukum, kita perlu bertanya kepada pakar sebagai sumber rujukan. Oleh itu, apabila mempunyai masalah dalam perhubungan, kita dibenarkan untuk memohon pandangan dan pendapat kepada seseorang.

3. Mencegah kemungkaran.

Moga dijauhkan untuk kita berada di dalam situasi ini. Tetapi, perlu diketahui. Apabila pasangan melakukan kemungkaran, kita boleh melaporkan kepada pihak yang berwajib agar mereka dapat melakukan penyiasatan tentang kes tersebut dan mengenakan tindakan undang-undang sekiranya bersalah.

4. Kes penganiayaan.

Di Malaysia, membatalkan pertunangan tanpa sebarang sebab yang kukuh, boleh dikenakan tindakan undang-undang. Begitu juga sekiranya berlaku masalah di dalam rumah tangga kelak, kita boleh melapor dan mengadu kepada pihak berwajib agar kita dapat mendapat hak yang sewajarnya.


Dalam situasi ini, kita dibenarkan untuk menceritakan hal sebenar kepada orang yang dipercayai agar semua urusan yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar. Hak juga terjamin mengikut keadaan ketika itu. Oleh itu, usah ragu-ragu sekiranya berada dalam situasi ini. Keempat-empat situasi ini dibolehkan kita untuk mengumpat berdasarkan hukum agama Islam.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen