Perkara Yang Anda Tidak Patut Lakukan Ketika Anda Single.

Kita sering membaca atau mendengar, perkara yang si single patut lakukan supaya tidak rasa bosan dan kesunyian. Tetapi apa pula perkara yang anda TIDAK PATUT lakukan ketika anda single? Jom baca!

1. “Kenapa la aku single? Tak ada orang nak kat aku ke?”

Ketika anda keseorangan dan tiada apa-apa untuk dilakukan, pasti soalan ini akan tercetus bukan? Ketika anda single, pasti terlihat ramai yang berpasangan, bahagia dan anda pasti mahu berada di dalam hubungan tersebut. Tetapi apabila anda di dalam hubungan, anda sendiri akan merasakan ‘single is better’.



Jadi, tidak perlu serabut dengan soalan atau andaian yang negatif, go with the flow, okay!

2. Jangan merendahkan martabat anda.

Seperti soalan di atas, tiada siapa mahu kan anda? adakah anda tidak laku? Jadi, apa yang anda lakukan? Mula mencari rakan berlainan jantina untuk menutup kesunyian di hati. Jika anda terlalu bosan, dan minda serabut dengan soalan atau andaian yang negatif seperti ini, anda hanya mencari nahas.

Jika bukan hati anda yang terluka, pasti hati seseorang akan terluka. Jangan jatuhkan maruah anda dan berkelakuan tidak sepatutnya.



3. Tidak kenali dan memahami diri sendiri.

Ketika anda di sogok, anda perlu memahami perasaan dan hati orang lain, anda perlu tahu, anda perlu memahami perasaan dan hati anda sendiri dahulu. Memang kadang-kala anda terasa sedih kerana single terlalu lama.

Jika anda memaksa diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa, dan menjadi orang lain sehingga anda sendiri pun tidak mengenali diri anda, bagaimana anda mahu merasakan kebahagiaan? Jangan terlalu seronok menjadi orang lain.



4. Berani memulakan langkah pertama untuk berkenalan.

Situasi ini khas untuk wanita, seperti point nombor 2. Anda sebagai wanita jangan pula terlalu berani memulakan langkah hanya untuk berkenalan dengan seorang jejaka sahaja. Mungkin anda terlalu bosan kerana tiada yang mahu memikat anda, jadi anda berkelakuan begini. Pasti lelaki itu akan melarikan diri.

5. Memaksa diri untuk bersosial.

Jika anda adalah seorang yang memang bukan bersosial, lebih mudah berkawan dengan orang yang lebih rapat, jadi jangan memaksa diri anda untuk menjadi lebih terbuka dan peramah. Khuatir anda akan menjadi kekok dan tidak selesa dengan diri sendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen