Tanda-Tanda Anda Perlu Melepaskan Seseorang Yang Anda Cintai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sukar untuk seseorang itu melepaskan orang yang dicintai walaupun di tahu bahawa dirinya tidak dihargai oleh orang sebegitu. Tetapi kerana cinta, mereka ini sanggup menahan sakit dan terluka sendiri. Bagaimanapun, seseorang itu perlu tahu, mereka tidak seharusnya berada di samping orang yang tidak menghargai mereka. Mereka ini perlu mendapat seseorang yang turut berjuang dalam menjayakan hubungan yang dibina.



Mari kenali ciri-ciri pasangan anda yang patut ditinggalkan walaupun anda begitu mencintai dirinya.

1. Hanya anda yang berusaha.

Berusaha untuk membuat satu hubungan itu berhasil bukan hanya dari sebelah pihak sahaja. Ia perlukan usaha dari kedua-dua pihak. Jika hanya anda sahaja yang beria-ria untuk memperbaiki hubungan anda, anda tidak patut berada dalam perhubungan itu. Hal ini kerana, si dia tidak tahu menghargai diri anda.

2. Tidak bersetuju dengan idea pada masa hadapan.

Setiap orang mempunyai rancangan yang tersendiri mengenai masa hadapannya. Anda pula sangat teliti dalam merancang masa hadapan anda. Tetapi, dirinya kerap membantah idea yang anda berikan. Dari sini boleh dilihat bahawa dirinya masih ragu-ragu akan masa hadapannya bersama dengan anda.

3. Tidak mempercayai antara satu sama lain.

Anda mencintai dirinya tetapi anda tidak mempercayai dirinya, begitu juga dirinya. Anda merasakan si dia menipu anda di belakang anda. perhubungan ini melibatkan kepercayaan yang tinggi untuk kekal bersama. Tanpa kepercayaan, hubungan anda akan mula hilang arah.


4. Hidup anda semakin kusut ketika dengannya.

Apabila menjalinkan hubungan percintaan, seseorang itu pastilah akan bertambah gembira, bahagia dan ceria. Tetapi berlainan dengan anda. Hidup anda semakin tidak terurus dan kusut. Itu belum lagi jika anda sedang bergaduh dengannya, sehinggakan kehidupan lain anda juga turut terganggu.

5. Kerap bergaduh mengenai perkara yang sama.

Anda dan dirinya kerap bergaduh mengenai perkara yang sama serta mengungkit setiap perkara yang berlalu. Ini bukan satu hubungan yang baik. Anda dan dirinya juga tidak mampu menenangkan diri dengan baik ketika bergaduh sehingga ia akan mengambil masa yang lama untuk berbaik.

Seseorang yang kita cintai itu tidak semestinya adalah yang terbaik untuk kita. Mereka ini hadir kerana telah ditakdirkan untuk berhenti seketika di hati anda sebentar. Dan pergi semula selepas masa itu telah habis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen