Lima Ayat Lelaki Menunjukkan Si Dia Tidak Serius Dengan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki dikatakan akan lambat matang sedikit berbanding seorang perempuan. Jadi mereka ini pastinya agak sukar untuk menjadi seorang yang sangat serius baik dari perhubungan atau apa sahaja. Apabila melibatkan diri dalam perhubungan juga, ia hanya untuk berseronok sahaja dan tidak memiliki matlamat dan motif yang sebenar dalam perhubungan itu.



Tapi bagaimana anda boleh mengenal pasti mereka ini tidak serius dengan anda? Mereka ini akan menggunakan ayat-ayat yang akan melindungi dirinya sendiri. Jom ambil tahu ayat yang bakal mereka gunakan.

1. “Kita boleh jadi rakan.”

Apabila mereka cuba untuk menolak anda, mereka akan meletakkan anda dalam ruangan rakan. Hal ini kerana, ia tidak mahu terikat dengan anda yang memaksa dirinya untuk menjalani hubungan yang serius. Ataupun ia adalah cara untuk mengelakkan dirinya untuk terus bersama dengan anda.

2. “Saya tidak sedia.”

Jika si dia menggunakan ayat ini, ia menunjukkan bahawa si dia sememangnya tidak mempunyai perancangan masa hadapan bersama dengan anda. Bagi dirinya teramat sukar untuk memutuskan hubungan dengan anda, tetapi si dia tidak mahukan satu hubungan yang serius kerana tidak mahu satu hubungan yang memberi begitu banyak komitmen.

3. “Saya perlukan masa.”

Bercakap mengenai masa ini, ia boleh jadi berhari-hari, berminggu atau bertahun. Dan ia juga membuat anda semakin berharap terhadap dirinya. Harapan itu pula bukan sesuatu yang pasti untuk anda tunggu kerana ia mungkin akan berubah hati.


4. “Awak terlalu baik.”

Ayat yang selalu digunakan baik lelaki mahupun wanita. Ayat ini adalah ayat melepaskan dirinya daripada anda. Menyatakan rasa bahawa si dia tidak layak memiliki anda adalah perkara yang tidak boleh dipercayai. Hal ini kerana, dahulu masa memikat anda si dia begitu yakin menyatakan adalah terbaik untuk dirinya.

5. “Awak boleh dapat pasangan yang lagi baik.”

Siapa kita untuk menentukan jodoh seseorang itu. Jodoh itu juga bergantung pada diri kita sendiri. Jadi jika si dia menggunakan ayat ini ia menunjukkan bahawa si dia sudah tidak mahukan anda. Dan berharap anda menjumpai lelaki lain yang boleh anda menerima anda.

Lima ayat ini selalu digunakan oleh mana-mana lelaki yang tidak mahu menjalinkan hubungan yang serius. Mereka ini hanya menggunakan anda untuk menghilangkan rasa bosannya. Jika anda menerima ayat ini, lebih baik anda mengambil keputusan segera.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen