Tanda-tanda Seseorang Itu Sedang Bercinta Dengan Orang Yang Salah.

Maaf saya katakan, dalam beberapa hal kita sebenarnya tanpa sedar berada di dalam cinta yang hanya dalam khayalan. Bukan dalam cinta yang sebenar iaitu cinta yang diredhai Allah. Apabila kita matang dalam membuat keputusan, kita akan nekad mencari pasangan yang boleh membimbing diri ke arah yang lebih baik. Bukan dengan cara yang salah. Antara perkara yang menunjukkan pasangan itu sebenarnya bukan bercinta adalah:



1. Bertambah dosa.

Hati-hati apabila berada dalam situasi ini. Cinta itu murni dan ianya adalah pemberian daripada Allah. Sangat mustahil apabila pemberian dari Allah dilalui dengan kemaksiatan dan kemungkaran bukan?

2. Tidak khusyuk dalam solat.

Ini memang benar. Ketika seseorang dilamun cinta dan tidak khusyuk untuk melakukan solat, itu sebenarnya tanda dia sebenarnya berada dalam situasi cinta yang salah. Cinta itu menyebabkan dia terpesong dari landasan yang sebenar.

3. Bertambah kebencian.

Apabila dengan cinta menyebabkan hatinya semakin bercelaru, semua yang dilakukan oleh pasangan tidak disukainya dan menjadikan dia sakit hati, itu sebenarnya bukan cinta. Mungkin kerana hawa nafsu kerana kita tidak mendapatkan apa yang dikehendaki.


Salah satu bukti cinta sebenar adalah apabila seseorang sanggup untuk berkorban apa sahaja demi pasangannya tanpa menggadaikan maruah mereka. Bertambah kebaikan dan semakin kenal akan erti tanggungjawab. Kerana dia sedar, dia bercinta bukan untuk suka-suka, tetapi untuk masa depan dengan membina rumah tangga kelak.

Cintailah Allah terlebih dahulu. Bertaubat, kemudian kita akan temui cinta yang sebenar iaitu datangnya daripada Allah. Mungkin saja dengan cara yang tidak diduga-duga dan dengan situasi yang kita tidak gambarkan. Kerana jodoh itu datngnya daripada Allah, kita hanya mampu berusaha sahaja.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen