Sebab-Sebab Si Dia Memilih Untuk 'Stay' Walaupun Adakala Hubungan Dilanda Badai.

Oleh: Zuzu Yasmine

walaupun sering kali dilukai, si dia masih lagi berdiri teguh di sisi. Kadang bukan sengaja melakukan salah dan ingin melukakan si dia. Kalau boleh semua perkara itu hendak dielakkan tetapi ia tetap berlaku juga akhirnya. Kadang rasa bersalah itu lahir dalam diri tetapi lihat kesungguhan dirinya membuatkan anda juga turut bertahan.



Apa yang menyebabkan si dia masih bertahan di sisi anda? Tiga sebab ini punca si dia masih setia.

1. Keutuhan cinta.

Mungkin nilai cinta dan penghargaan terhadap cinta itu berbeza bagi setiap orang. Namun bagi seseorang yang betul-betul menghargai cinta, dia sememangnya sukar untuk meninggalkan cinta yang telah dibina sekian lama, walau adakala musibah mendatang, ujian menduga, namun itu bukanlah halangan bagi mereka yang benar-benar cinta dan cintanya tidak pernah berubah sejak dahulu.

2. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Maksudnya seseorang yang benar-benar sayangkan hubungan yang telah dibina itu, mereka tidak akan sewenang-wenangnya memutuskan untuk berpisah, bahkan tetap meneruskan hubungan itu meski pahit terpaksa ditelan sewaktu proses pemulihan. Ada orang berpendapat bahawa lebih baik memperbaiki hubungan sedia ada berbanding pergi kepada hubungan baru yang sememangnya belum tahu bagaimana coraknya nanti. Sekurang-kurangnya hubungan sedia ada yang mungkin telah sedikit hambar itu sudah cukup dikenali hati budi wataknya, berbanding hubungan dengan orang baru yang belum tentu lebih elok atau lebih buruk itu.


3. Keserasian.

Meskipun dalam setiap hubungan adakala dilanda masalah, namun tidak dapat dinafikan bahawa banyak perkara-perkara indah yang telah dicipta bersama. Antaranya ialah keserasian. Mana taknya, jika tiada keserasian, tidak lah pula wujud hubungan yang mampu bertahan selama bertahun itu. Pastinya setiap pasangan kekasih sayangkan keserasian yang tercipta itu sehingga bila timbul pelbagai konflik, jauh di sudut hati masing-masing akan timbul perasaan sayang akan keserasian yang telah lama bersama itu. Sekiranya kematangan menjadi saksi, maka pilihlah untuk stay walaupun hubungan sudah tidak seindah dulu. Percayalah, dengan keserasian yang pernah wujud itu dapat menyelamatkan hubungan sedia ada.

Jika anda memiliki seseorang yang sanggup stay bersama dengan anda walaupun apa jua keadaan, anda perlu hargainya. Hal ini kerana, apabila anda kehilangan orang seperti itu, sukar untuk mencari ganti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen