5 Dilemma Oleh Lelaki Apabila Berkahwin Dengan Janda Bercerai Hidup Dan Mempunyai Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata lelaki pada masa ini menyatakan mereka lebih suka memilih untuk berkahwin dengan janda berbanding dengan anak dara. Bagi mereka kemahiran dan kesediaan wanita berstatus janda ini lebih baik berbanding dengan wanita bujang. Walhal jika dilihat dari segi rupa, wanita bujang sudah pasti mempunyai penampilan yang baik tetapi janda tetap menjadi pilihan. Wanita berstatus janda ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif tetapi itu bukan menjadi satu halangannya. Walaupun begitu, lelaki-lelaki yang memilih janda bercerai hidup dan mempunyai anak ini mempunyai dilemma yang tersendiri yang tidak ramai yang mengetahuinya. Mari kenali lima dilemma yang dialami oleh lelaki apabila yang berkahwin dengan janda bercerai hidup dan mempunyai anak.



1. Perbelanjaan kos harian anak tiri.

Apabila memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga, sudah pasti tanggung jawab itu lebih pada bahu sendiri walaupun mereka ini hanya anak tiri. Perbelanjaan kos harian anak tiri sudah pasti perlu ditanggung selepas memilih ibunya sebagai pasangan hidup. Walaupun, mahkamah menetapkan bekas suami perlu memberi nafkah yang dianggarkan sebanyak RM250.00 seorang namun itu belum tentu cukup untuk menampung kos harian mereka. Terutama pada zaman kini semua orang tahu kos kehidupan sangat tinggi. Jadi nafkah yang diberi itu mungkin tidak mencukupi. Selain dari isteri, sebagai suami anda juga perlu membantu.

2. Isteri masih perlu berkomunikasi kerap dengan bekas suami.

Kata orang bekas suami itu adalah dari kisah hidup yang lalu. Di mana kisah yang tidak mahu diungkit lagi namun begitu, jika anda berkahwin dengan janda yang bercerai hidup dan mempunyai anak perkara itu adalah sukar dielakkan. Hal ini kerana, isteri anak akan kerap berkomunikasi dengan bekas suaminya. Mengapa? Sudah tentu ia berkaitan dengan hal anak-anak mereka. Sebagai contoh, persekolahan, kesihatan, memaklumkan anak berada di mana, atau menghantar dan mengambil anak kepada serta dari bekas suami. Jadi sifat cemburu itu perlu dikawal secara matang demi keharmonian rumah tangga.

3. Keluarga sebelah bekas suami isteri juga adalah sebahagian daripada kehidupan suami baru.

Bukan sahaja melibatkan anak-anak dari hasil perkahwinan lalu, ia juga melibatkan keluarga sebelah bekas suami isteri anda. Anak-anak tiri anda mempunyai datuk, nenek, dan saudara mara dari sebelah ayah kandung mereka. Tidak mustahil, sekiranya anda juga turut akan berkomunikasi dengan mereka juga. Melalui itu juga, sedikit sebanyak kisah lalu isteri anak akan menjadi salah satu topik yang akan dibualkan.


4. Mungkin akan ada sedikit perbezaan kasih sayang antara anak tiri dan anak kandung yang bakal lahir.

Anda menerima kehadiran anak tiri anda ketika diri mereka sudah besar dan mereka juga mempunyai ayah kandung yang mereka kasihi. Manakala, anak kandung pula, anda menerimanya hasil daripada rasa cinta anda bersama isteri anda. Bukan itu sahaja, anda juga melihat anak kandung anda itu membesar di hadapan anda sendiri. Sudah pasti rasa sayang itu berlainan berbanding anak tiri anda. Walaupun sayang anda tidak 100% sepenuh hati, namun anda perlu mengasihinya sama seperti anak-anak kandung anda yang lain.

5. Isteri sememangnya sudah mempunyai tugas sebagai seorang ibu.

Bagi yang baru berkahwin, mood honeymoon itu pasti ingin dimiliki secara privasi. Sebagai seorang suami, anda pasti berharap masa berdua-duaan bersama isteri anda lebih lama. Bagaimanapun, anda perlu sedar bahawa isteri anda adalah seorang ibu, fahamilah mereka yang mempunyai tanggungjawab terhadap anak kandung mereka. Oleh itu anda perlu bersedia bukan sahaja sebagai seorang suami malahan sebagai 'ayah segera' yang akan sama-sama bertanggungjawab terhadap anak tiri anda iaitu anak kandung isteri anda. Sebagai contoh, mungkin sahaja baru berkahwin, dan anda juga perlu ikut isteri anda menunaikan tanggungjawabnya sebagai ibu terhadap anaknya yang bakal memasuki alam persekolahan.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, berkahwin dengan seorang janda sememangnya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda bukan sahaja dapat berbangga dengan kesediaan dan kemahiran mereka tetapi sifat keibuan yang tinggi dalam diri mereka. Walaupun begitu, anda pasti mempunyai dilemma yang akan anda hadapi apabila memilih janda bercerai hidup dan mempunyai anak sebagai pasangan hidup anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen