5 Cara Melepaskan Diri Dari Satu Hubungan Yang Melukakan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perhubungan percintaan yang melibatkan dua hati harus bersedia untuk menghadapi kelukaan dalam apa jua keadaan. Kelukaan itu hadir sebagai cabaran dalam perhubungan dan diri sendiri. Banyak pasangan akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah perhubungan mereka. Namun, bagi mereka yang terlalu mencintai pasangan dan takut untuk rasa kehilangan, mereka ini lebih memilih untuk terus di sisi berbanding memilih perpisahan. Tetapi, wajarkah jika dalam perhubungan itu, anda terlalu banyak terluka dan masih ingin terus bersamanya walhal si dia sudah mula mengabaikan anda. Sebenarnya ia adalah tidak wajar dan anda perlu putuskan perhubungan itu. Mari ikuti lima cara melepaskan diri dari perhubungan tersebut.



1. Tekad dan yakin dengan keputusan.

Perkara yang paling lemah dalam membuat keputusan adalah tidak tekad dan yakin tentang perkara yang dilakukan itu. Padahal ia adalah keputusan yang baik dalam perhubungan anda. Bukan untuk perhubungan sahaja, tetapi juga untuk diri anda. Sampai bila anda harus dikhianati? Jadi kuatkan diri anda dalam membuat keputusan. Yakin bahawa anda membuat keputusan yang betul, di samping anda perlu tekad sehingga berjaya dengan keputusan yang anda pilih.

2. Buat Si dia sedar akan kesalahannya.

Keputusan untuk pergi meninggalkan dirinya adalah hanya untuk membuat si dia sedar bahawa anda tidak bergantung hidup pada dirinya. Bukan itu sahaja, ia juga sebagai salah satu hukuman agar si dia sedar akan kesalahannya malah, tidak melakukan perbuatan yang sama pada pasangan yang baru. Walaupun anda mengalami kelukaan, tetapi anda akan berasa puas dengan kesedaran dirinya.

3. Minta pandangan dari pihak lain.

Anda tidak boleh melakukan keputusan mengikut hati dan emosi anda. Apa kata anda cuba untuk meminta pandangan orang lain dahulu. Biasanya pandangan dari pihak lain akan membantu diri ini membuat keputusan dengan lebih tepat dan betul. Anda boleh meminta pendapat pada sahabat baik anda, adik-beradik mahupun ibu bapa anda. Hal ini kerana mereka ini lebih memahami anda berbanding diri anda sendiri.


4. Jangan takut untuk menjadi ‘single’.

Kesukaran untuk membuat keputusan perpisahan adalah hanya kerana anda takut tidak akan berjumpa orang yang lain. Atau dalam kata lain anda takut untuk menjadi ‘single’. Anda merasakan apabila menjadi single ia sama seperti tiada siapa yang mahukan anda. Walhal, Allah sedang merancang jodoh sebaik-baiknya untuk anda. Jadi mengapa perlu risau?

5. Pergi mencari ketenangan.

Jika anda merasakan diri anda tidak dapat membuat keputusan dengan betul dan baik, apa kata anda cuba untuk pergi mencari sedikit ketenangan. Cuba lari atau jauhkan diri anda dari pandangan matanya. Kalau boleh jangan membiarkan si dia tahu di mana anda pergi. Mana tahu dengan melakukan seperti ini, anda dapat membuat keputusan yang baik untuk diri anda dan dirinya.

Apabila kita terlalu mencintai seseorang, kita juga perlu mengorbankan rasa cinta itu kerana cinta tidak semestinya memiliki. Bukan itu sahaja, hubungan itu adalah satu yang bahagia bukanya yang saling melukakan. Untuk apa terus kekal bersama jika anda dan dirinya sudah tidak sehaluan untuk mencapai matlamat hubungan yang sebenar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen