Sukar Untuk Mengungkapkan Kata Maaf Pada Pasangan? Jom Amalkan 5 Langkah Ini Dengan Mudah.

Insan yang terlalu sukar untuk mengungkapkan kata-kata maaf ini, adalah dalam kategori orang yang ego tinggi. Mereka kadang-kala mengaku itu adalah kesalahan mereka sendiri, tetapi kata-kata maaf itu  masih juga tidak terluah.

Jadi, bagaimana untuk mendidik diri sendiri mengungkapkan kata maaf..



1. Mengambil ruang untuk bertenang.

Ambil masa dan ruang untuk diri sendiri bertenang. Marah adalah suatu yang normal. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan kepada kita tindakan yang perlu diambil ketika marah contohnya duduk, baring atau mengambil wudhuk dan solat.

2. Membuat penilaian semula.

Anda perlu membuat menilai kembali ke atas masalah yang dihadapi, dalam keadaan minda yang waras. Anda boleh tuliskan sebab-sebab yang membuatkan anda marah di atas kertas supaya isu sebenar dapat dilihat dengan lebih jelas tanpa dipengaruhi emosi. Mungkin ketika ini anda dapat melihat saiz sebenar masalah yang dihadapi.



3. Bersemuka jika perlu.

Sesuatu yang terpendam dan terbuku di dalam hati akan memberi kesan kepada ‘mood’ hari-hari akan datang. Jangan mengelak dari masalah, bersemukalah jika perlu supaya perbincangan boleh berlaku. Anda dapat meluahkan apa yang dipendam serta mendengar penjelasan yang sebenar.

4. Maaf dengan hati terbuka.

Cubalah untuk memaafkan kesalahan orang pada kita meskipun orang tidak meminta maaf. Ya, ia sukar namun bukankah hati sifatnya berbolak balik. Hati boleh dipujuk perlahan-lahan. Bisikkan pada hati setiap hari kata-kata yang baik, pujukan dan nasihat yang baik. InsyaAllah akhirnya Allah akan mengurniakan anda kekuatan untuk memaafkan.



5. Berdoa.

Doa berada di nombor terakhir bukan kerana ia adalah yang paling akhir perlu dilakukan, tapi doa adalah suatu proses yang berterusan sepanjang langkah-langkah yang anda ambil. Bahkan, adalah langkah terawal sewaktu marah.

Jadi, jika anda dan pasangan sering bergaduh, dan masing-masing ego untuk mengungkapkan kata maaf. Ikutilah langkah-langkah ini dengan hati terbuka. Tidak perlu untuk menjadi ego pada orang yang anda sayang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen