5 Kelakuan Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi seorang wanita, untuk memilih lelaki yang tepat dengan diri mereka ini pasti terdapat beberapa kelakuan yang perlu seorang lelaki jaga. Lelaki itu seolah-olah seperti mempunyai tahapnya yang tersendiri. Di mana wanita ini akan meletakkan mereka itu berada di tahap yang mana serta sama ada mereka ini sesuai ataupun tidak untuk dijadikan pasangan mereka. Lelaki juga apabila cuba memikat wanita pasti akan berpura-pura menjadi seseorang yang memahami wanita tetapi ia sebenarnya hanya membuat wanita berasa tidak selesa. Mari ketahui kelakuan lelaki yang tidak menyenangkan wanita.



1. Jenaka yang tidak kelakar.

Wanita ini sememangnya sukakan lelaki yang kelakar dan mampu membuat mereka ketawa. Tetapi mereka tidak menyukai lelaki yang tidak pandai melakukan lawak tetapi cuba untuk membuat lawak. Walaupun cuba untuk menarik hati seorang wanita namun ia kelihatan begitu tidak menyenangkan wanita. Bagi seorang wanita lawak yang tidak menjadi itu adalah sesuatu yang sangat menghambarkan.

2. Seorang drama queen.

Bukan wanita sahaja yang mempunyai sifat drama queen. Sesetengah lelaki juga memiliki sifat seperti ini. Mereka ini inginkan perhatian dan suka menggunakan emosi mereka untuk memikat hati seorang wanita. Mereka akan cuba untuk meraih simpati atau apa sahaja cara agar wanita yang disukainya akan memerhatikan diri mereka.

3. Sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik.

Seorang wanita sememangnya mahukan yang terbaik tetapi mereka tidak suka lelaki yang cuba untuk menjadi terbaik. Hal ini kerana, mereka akan berpura-pura dengan sifat mereka itu. Wanita lebih sukakan sifat semula jadi dalam diri lelaki itu.


4. Merasakan dirinya terlalu bagus dalam semua hal.

Apabila kita tidak bagus dalam satu hal kita sepatutnya mengakuinya tetapi jika seorang lelaki merasakan si dia bagus dalam semua hal itu sangat tidak menyenangkan. Mereka ini seolah-olah tahu semua hal yang bagus untuk menjadi pilihan pasangannya dan memaksa pasangannya untuk menerima pendapatnya. Tetapi sebenarnya wanita tidak suka akan lelaki yang berkelakuan seperti itu.

5. Suka bergosip.

Wanita sememangnya sukakan gosip tetapi ia kelihatan lebih teruk apabila seseorang lelaki sukakan gosip. Hal ini kerana, lelaki biasanya akan lebih kuat bergosip berbanding wanita. Walaupun ia mampu menjadi rakan gosip yang baik tetapi ia tetap tidak disukai oleh kaum wanita.

Kesimpulannya, dalam memilih pasangan seorang wanita akan lebih berhati-hati. Dan bagi seorang lelaki, menjadi diri sendiri ketika memikat pasangan adalah perkara yang paling mudah untuk membuat seseorang itu menyukai anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen