5 Perkara Yang Perlu Anda Tanam Dalam Diri Sebelum Memulakan Satu Perhubungan Yang Baru.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas mengalami kekecewaan setiap orang pasti ingin bangkit dan mahu memulakan satu perhubungan yang baru. Hubungan yang baru berserta pasangan yang baru ini diharap akan membawa sinar dalam hidupnya. Bukan itu sahaja, keadaan diri untuk menerima pasangan yang baru juga perlu di perbaiki dan disediakan demi untuk mengelakkan perkara yang lama berulang kembali. Maka dengan itu terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum anda bersetuju untuk menjalinkan satu hubungan baru. Apa perkara tersebut? Mari ketahuinya.



1. Keterbukaan menerima orang baru.

Sebelum menerima kehadiran yang baru, anda perlu betul-betul telah terbuka hati untuk menerima seseorang itu. Anda tidak boleh menerima seseorang itu hanya kerana anda ingin melupakan kekecewaan anda. Hal ini kerana ia akan memberi rasa sakit hati pada pasangan anda. Bukan itu sahaja, tindakan anda juga akan membuat dirinya sebagai perlaku terhadap kekecewaan anda adalah salah.

2. Tahu apa yang anda mahukan.

Anda seharusnya tahu tujuan perhubungan anda yang baru ini. Ia buka untuk anda membalas dendam terhadap pasangan anda yang lalu tetapi lebih kepada inginkan kebahagian yang baru. Bukan itu sahaja, anda juga inginkan perhubungan ini untuk membina satu hubungan yang serius bukanya hanya untuk menghilangkan kesunyian. Maka dengan itu anda perlu tahu apa yang hati anda mahukan dahulu.

3. Mempunyai gaya percakapan yang menarik.

Demi memulakan satu hubungan yang baru, anda juga perlu mempunyai gaya percakapan yang menarik. Anda tidak boleh mempunyai gaya percakapan yang sama seperti dahulu. Anda seharusnya mempunyai gaya percakapan yang lebih berkeyakinan dan memikat hati bakal pasangan anda. Hal ini adalah untuk mengubah gaya anda terdahulu dan sekarang ini.


4. Sudah melupakan perhubungan lama.

Apa yang paling penting untuk hubungan baru ini adalah apabila anda telah berjaya melupakan segala-segala-galanya mengenai perhubungan anda yang lama dahulu. Anda juga tidak akan menyamakan hubungan anda yang terdahulu dengan hubungan anda yang baru ini. Hal ini kerana, ia adalah dari orang yang berlainan dan anda tidak patut untuk menyamakan mereka.

5. Berada dalam keadaan single sepenuhnya.

Sebelum anda menerima hubungan baru itu, anda perlu yakin bahawa anda sudah tidak terikat atau menjalinkan hubungan dengan mana-mana pihak. Kalau anda masih terikat, adalah lebih elok jika anda cuba menyelesaikannya dengan sebaik yang mungkin.

Kesimpulannya, hubungan baru ini bukan hanya pasangan yang baru tetapi, ia juga merupakan diri anda yang baru. Jadi jangan pernah berputus asa terhadap hubungan yang baru ini dan lakukan dengan sebaik mungkin agar hubungan ini terus kekal hingga ke satu perhubungan yang serius.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen