Anda Perlu Berhenti Lakukan 4 Perkara Ini Ketika Menjalani Satu Hubungan Baru.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah pasti sukar untuk move on daripada satu perbuatan yang kerap kita lakukan untuk seseorang yang pernah kita sayang. Dan apabila mempunyai pasangan yang baru, perbuatan lama itu pasti akan terus terikut-ikut. Bukan itu sahaja, apabila pasangan anda tidak sama seperti yang lama juga akan menyebabkan rasa rindu berputik akan semula. Jadi anda harus berhenti melakukan beberapa perkara. Tapi apa perkara yang anda perlu berhenti lakukan?



1. Berhenti berhubung dengan bekas kekasih.

Apa yang paling penting adalah anda cuba untuk tidak berhubungan dengan bekas kekasih anda. Kalau boleh, jika anda dan dirinya sudah memutuskan hubungan maka dengan itu anda tidak perlu untuk terus menghubungi dirinya. Terutama apabila anda sudah pengganti yang baru. Pasti pasangan anda akan berkecil hati jika tahu akan perkara ini.

2. Jangan melayani pasangan seperti yang anda lakukan bersama bekas kekasih.

Anda juga tidak boleh melakukan cara layanan yang sama seperti anda melayani pasangan anda yang terdahulu. Cuba ubah cara layanan anda itu. Jika anda masih melakukan yang sama tidak mustahil anda akan kembali ingat kepadanya.


3. Jangan bercakap mengenai bekas kekasih.

Bercakap mengenai bekas kekasih adalah satu perkara yang menyakitkan hati pasangan kita. Maka dengan itu cuba elakkan untuk bercakap mengenai dirinya. Cuba jangan pernah membuka kisah perhubungan lalu anda, hal ini kerana ia akan membuat hubungan anda ketika ini goyang dan menyebabkan pergaduhan.

4. Jangan mementingkan diri anda.

Jangan pernah mementingkan diri anda ketika menjalani perhubungan yang baru. Anda seharusnya lebih terbuka dengan perasaan terluka dan kecewa. Sudah pasti anda tidak mahu pasangan anda merasai apa yang pernah anda rasakan dahulu bukan. Maka dengan itu anda perlu lebih mementingkan perhubungan berbanding diri anda.

Setiap orang pasti mengalami kesukaran untuk mengubah apa yang mereka telah biasa lakukan. Tetapi anda tetap boleh mengubahnya namun berubah secara perlahan-lahan. Jangan membuat perubahan secara mendadak kerana takut anda tidak mampu untuk mengawalnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen