Jadilah Menantu Pilihan Seperti Fatimah Binti Abdul Malik.

Jadilah menantu pilihan seperti Fatimah Binti Abdul Malik, kerana beliau sangat menyanjungi suaminya Umar Bin Abdul Aziz ketika kekayaan dan harta tidak lagi dimiliki.

Jom hayati kisah ini..



Beruntung Umar bin Abdul Aziz Al-Umawi menikahi Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan, seorang wanita yang hampir sempurna. Seorang wanita yang cantik, cerdas, keturunan terpandang, kaya raya, serta taat beribadah.

Saat Fatimah tersenyum mengenang kembali kisah sewaktu Umar duduk di sampingnya sambil berbisik lembut..

“Apakah engkau keberatan sayang, bila permata yang sedang engkau pakai ini kita serahkan semuanya ke dalam Baitul Maal?”

Fatimah tiba-tiba terkejut. Beliau menatap lelaki yang amat dicintainya itu. Disentuhnya permata yang terpakai kemas di lehernya itu. Permata itulah satu-satunya perhiasannya yang masih tinggal. Beliau amat menyayanginya. Permata yang penuh kenangan. Permata itu hadiah ayahnya Khalifah Abdul Malik B. Marwan, merangkap bapa saudara Khalifah Umar Abd Aziz di hari pernikahan mereka.



"Terlebih dahulu”, kata Umar, “Aku akan membelanjakan simpanan Baitul Mal yang lain, dan kalau sudah habis barulah akan ku gunakan permata itu untuk kepentingan kaum muslimin”

Dan

“Jika kamu tidak setuju dengan usulan ini, maka kita tidak akan pernah lagi bersama dalam satu rumah.”

Dia menyedari harta yang melimpah hanya menjadi beban bagi suaminya. Lalu dia mengumpulkan harta, dan perhiasannya untuk diserahkan ke Baitul Mal.

Dia ikhlas hidup bersama suaminya dan setia, walaupun tidak memiliki segala harta. Padahal, saat itu Umar sebagai khalifah besar memimpin Bani Ummayah yang wilayah kekuasaannya sangat luas.

Fatimah akhirnya tersenyum. Dibukanya pengait kalungnya. Diserahkannya permata itu ke genggaman suaminya. Dan Umar, dengan tubuhnya yang mulai kurus memeluknya tanpa kata. Mesra dalam dakapan. Fatimah tahu ertinya. Seolah-olah ia mendengar suara lembut Umar;



“Terima kasih atas kesetiaanmu padaku di jalan yang penuh dengan kesulitan ini. Semoga Allah mempersatukan kita dalam kehidupan yang lebih indah di sisiNya”

Sampai lah pada suatu ketika, Khalifah Umar B. Abd Aziz wafat dan adik Fatimah yang bernama Yazid ibn Abd Malik mengantikannya sebagai khalifah, ujian kesetiaan itu datang.

Yazid yang tahu perhiasaan itu kesayangan kakaknya membawa kembali permata itu. Dengan penuh sayang diletakkannya permata itu di genggaman tangan kakaknya.

Fatimah mengeleng sambil tersenyum. “Aku telah menjauhinya ketika Umar masih hidup. Bagaimana mungkin aku mendekati dengannya ketika Umar telah tiada?”

Allahuakbar..



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen