Rahsia Mencari Jodoh Dari Pandangan Mata Lelaki.

Apabila menceritakan tentang jodoh, pasti semua tertanya-tanya, bagaimanakah ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan teman hidup? Jika si gadis sudah tentu hanya menunggu seorang jejaka untuk merisik dan masuk meminang, tetapi lelaki pula menjadi pening, kerana semua tanggung jawab di atas bahunya.



Jadi, bagaimana sebenarnya cara si lelaki ini mahu mencari jodoh?..

1. Mahu calon yang menyenangkan hati ibu.

Calon yang bagaimana dapat menyenangkan hati ibu si lelaki tersebut? Sudah tentu yang rajin bangun pagi, awal sebelum subuh dan rajin solat sunat subuh. Membaca Al-Qur’an beberapa muka surat sudah cukup memadai.



Apabila sudah rajin bangun awal pagi, rajin pula menyediakan makan pagi untuk keluarga, ringan tulang dan tidak perlu dipaksa untuk disuruh oleh orang tua.

2. Mahu selidik dahulu sebelum mencurahkan perasaan.

Apabila sudah bertemu dengan seseorang yang diminati, tidak salah untuk meminta segala account sosial media yang si dia miliki. Ini untuk memastikan, benarkah si dia masih bujang dan bukan kepunyaan orang. Malah perlu selidik status atau post yang bagaimana si dia rajin memuat naik di sosial media?

Adakah seorang attention seeker, gemar selfie dan menunjukkan aksi manja? Semua itu perlu dititik beratkan. Jika ada kekurangan, mungkin boleh diperbaiki.



3. Mahu melamar secara tidak rasmi dan rasmi.

Lamaran tidak rasmi? Seperti point nombor dua, perlu selidik di sosial media, adakah si dia masih bujang? Jika masih was-was, boleh juga bertanya dengan bersemuka, adakah si dia sudah berpunya? Jadi, jika si dia masih bujang, terus bertanyakan tentang hati dan perasaan.

Mahukan hubungan kawan diteruskan pada tahap lebih serius? Jika jawapan semua positif, maka berjumpalah dengan ibu bapa masing-masing. Ketika itu mungkin boleh bersiap sedia untuk berbincang dengan proses merisik, meminang, bertunang dan perkahwinan.



4. Mahu melihat solehahnya.

Ketika sudah menerima si gadis tersebut mungkin dengan cara bertunang, sudah tentu mahu melihat true color si gadis tadi. Perilaku sebenar walaupun orang ramai mengatakan, kita hanya mengenal seseorang setelah berkongsi tempat tidur. Cuma proses ketika ini, mungkin mampu melihat separuh daripada sikap seseorang tersebut.

5. Lelaki takut pada gadis yang popular di sosial media.

Dan yang penting, tidak semua lelaki sebenarnya gemar dengan gadis yang terlalu mengejar populariti di sosial media. Ini kerana, berkemungkinan nanti kehidupan dengan gadis tersebut hanya bersandarkan pada telefon bimbit sahaja, tidak pada realiti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen