Lelaki Jangan Memberi Alasan Untuk Mencari Wanita Lain, Jika Rumah Tangga Tidak Bahagia.

Alasan seperti ini sudah terlalu biasa di dalam rumah tangga. Si suami mula mahu mencari wanita lain, jika si isteri mempunyai pekerjaan yang tidak mengikut waktu dan masa kerja seperti biasa. Contoh seperti pekerjaan doktor atau pramugari.



Sudah tentu jadual kerja tidak teratur, bukan?

Si suami akan mula mengisi masa bosan mereka dengan chat di facebook, mula-mula mahu berkenalan tetapi bertukar nombor telefon, menceritakan kisah peribadi dan hal rumah tangga, kenapa ya?

Salah siapa? Tidak perlu saling menuding jari. Lebih baik duduk bersama dan berbincang bagaimana untuk mengembalikan kebahagiaan dalam rumah tangga seperti dahulu.

Sudah tentu anda dan pasangan sudah berkenalan dan mengetahui pekerjaan masing-masing. Jadi, kenapa tidak dapat menerima pekerjaan pasangan, mula merasa bosan dan curang? Jika tidak dapat terima, kenapa berkahwin dengan si dia?

Ini kerana perkahwinan yang dilakukan bukan lah atas dasar Allah SWT dan pokok pangkalnya adalah hati sendiri.



Jika ruang kosong diisi dengan perkara yang berfaedah seperti hobi sendiri, sudah tentu si suami tidak akan merasa bosan. Meluangkan masa dengan keluarga, sahabat, anak-anak sudah tentu lagi penting.

Selain daripada itu, si isteri juga perlu memainkan peranan. Jangan hanya berharap pada si suami untuk memahami diri yang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk keluarga. Tolong luangkan masa dengan suami dan anak-anak kerana kerja sampai bila-bila pun tidak akan habis.

Sekali-sekala ambil la cuti. Pergi bercuti bersama-sama suami dan anak-anak. Lupakan sekejap kerja tu. Pasti suami dan anak-anak akan rasa dihargai dan disayangi. Lama-kelamaan mereka akan faham dan terima cara si isteri bekerja yang tidak tentu masa.



Jadi..

Jika ada masalah berbincang...

Jangan mahu salahkan antara satu sama lain...

Jangan pendam ketidakpuasan hati..yang lama-lama memakan diri...

Yang penting, JANGAN MENGADU PADA WANITA LAIN YANG KONONNYA LEBIH MEMAHAMI...

Buat para suami, jangan mencipta alasan untuk mencari wanita lain hanya kerana si isteri sibuk bekerja. Fikirlah, dia bekerja pun sebab nak membantu menjana pendapatan. Dan sibuk mana sekali pun bekerja, jangan abaikan tanggungjawab dengan suami dan anak-anak.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen