Bagaimana Untuk Tidak Merasa Kekok Dengan Si Dia Ketika Pertama Kali Bersua?

Kadang-kala segala perancangan yang telah dibuat pasti akan terjejas sedikit akibat diluar jangkaan anda sendiri. Pertemuan kali pertama dengan si dia pasti akan meninggalkan segala persepsi sama ada yang baik mahupun buruk.

Jadi, untuk mengelakkan perasaan kekok dengan si dia walaupun bukan bertemu hanya berduaan, anda perlulah..



1. Menepati masa.

Masa itu amat penting dan merupakan ukuran yang boleh menilai seseorang individu itu. Jangan biarkan si dia menilai diri anda dengan tidak menepati masa. Mungkin anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas tetapi jangan sampai membuatkan si dia terpaksa menunggu anda terlalu lama.

Ia bukanlah impression yang baik. Pastikan anda menghantar pesanan ringkas dan maaf kepada si dia jika terlambat 5 atau 10 minit agar tidak merosakkan mood si dia. Jangan biarkan si dia tertunggu-tunggu.

2. Berikan 'eye contact'.

Melalui renungan mata seseorang itu sudah dapat meneka yang si dia sukakan diri anda. Jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu kepada si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar anda tidak kelihatan biadab atau pun kurang suka padanya.



3. Ketepikan telefon bimbit buat seketika.

Perkara ini amat penting untuk mengelakkan rasa kekok antara kalian berdua. Jika salah seorang hanya menatap telefon bimbit ketika bersua, jadi seorang lagi pasti merasakan apakah yang terjadi antara kalian berdua? Adakah dirinya membosankan sehingga telefon bimbit itu lebih penting darinya?

4. Jangan mudah menghakimi.

Ia penting untuk anda kekal dengan pendirian dan prinsip, tetapi ia juga penting untuk pastikan minda anda sentiasa terbuka. Jika anda melihat si dia tampil dengan outfit yang kurang menarik buat anda, jangan terlalu cepat melatah dengan serta merta.



Menghakimi menjadi perkara biasa dalam kehidupan, tapi jika pertemuan pertama ini memberikan impression yang kurang memberangsangkan tidak bererti anda perlu meletakkan titik noktah. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

5. Jangan kongsikan semua perkara.

Terlalu awal untuk berkongsi kisah hidup anda secara total. Ini adalah peringkat berkenalan, baru mahu mengenali. Jadi seeloknya anda simpan sahaja segala cerita bersifat terlalu peribadi. Cukup sekadar bercerita yang perlu sahaja misalnya serba sedikit tentang pengalaman kerja atau sewaktu belajar. Dan lebih bagus jika anda punya cerita yang lucu boleh dikongsikan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen