Antara 10 Fikiran Wanita Tidak Terluah, Yang Lelaki Perlu Tahu.

Lelaki sering merasakan wanita ini sangat merumitkan kerana gagal mengawal emosi. Setiap isi hati dan buah fikiran mereka tidak dapat dijangka oleh lelaki, dan kadang-kala bahasa kiasan mereka amat sukar ditafsirkan.



Jadi disini, mari lihat antara buah fikiran wanita yang boleh menjadi hint pada lelaki…

1. “Aku harap kalau aku tanda semua tarikh penting ni, dia akan perasan..”

Wanita mahukan seorang lelaki yang sentiasa peka akan tarikh-tarikh penting dalam hidupnya seperti hari jadi, ulang tahun percintaan, perkahwinan dan sebagainya.



2. “Berani la dia puji perempuan lain…”

Hakikatnya, wanita tidak suka akan persaingan yang mampu mengancam potensi peribadinya.

3. “Kalau dia tak call aku seharian, dia tak sayang aku ke?”

Wanita suka emosinya dibelai mesra. Cara paling mudah adalah, jika anda seperti terlupa untuk call atau sms dalam masa satu hari, beri sahaja satu panggilan telefon atau sekadar mengirim pesanan rindu menerusi sistem pesanan ringkas.

4. “Asyik senyap je, dah bosan ke nak borak dengan aku?”

Wanita mahukan lelaki yang sentiasa berjaya memecah ruang kebosanan dan mampu membuatkan mereka terhibur sepanjang masa.



5. “Dia ni kena tahu, kalau aku tak call seharian, maksudnya adalah salah dia..”

Wanita mahukan pasangannya menjadi lebih peka dengan setiap perubahannya meskipun ia sekadar perubahan yang sangat kecil.

6. “Tiap hari, tiap saat, saya selalu ingat kat awak..”

Wanita selalu akan membawa ke mana saja lelaki pujaannya walaupun dia bersendirian! Wanita membawanya dari dalam hati dan jiwa.

7. “Dia ni tak jeles langsung ke aku keluar dengan lelaki lain?”

Wanita perlukan sedikit rasa cemburu sebagai tanda dia mendapat perhatian yang selayaknya. Tetapi, wanita tidak suka didampingi lelaki dengan sikap yang cemburu buta.



8. “Nak letak minyak rambut pun lama sangat ke?”

Wanita tidak suka lelaki yang terlalu cerewet tentang penampilan dirinya sehinggakan mereka terpaksa membuang masa menunggu jejaka mereka bersiap.

 9. “Awak jangan la lambat sangat…”

Wanita tidak suka menunggu tetapi suka jika dirinya dinantikan oleh jejaka pujaannya.

10. Apakah maksud jika wanita asyik merenung muka dan mata anda?

Wanita suka berdampingan dengan lelaki yang sentiasa melakukan hubungan renungan mata sebagai tanda perhatian kepada setiap kata dan gerak laku.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen