Cara Bercinta Dengan Gadis Pemalu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Gadis pemalu ini sudah pasti terkenal dengan gaya percakapan yang sepatah-sepatah. Biasanya mereka ini masih lagi tidak mampu untuk membiasakan diri dengan pasangan mereka. Sebab itulah perasaan malu itu timbul dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, apabila bercinta dengan gadis pemalu ini setiap pergerakan akan terbatas. Mana tidaknya mereka ini kurang memberi sokongan dari segi idea perkara apa yang perlu dilakukan apabila berjumpa. Maka dengan itu, si pasangan perlu ambil tindakan segera. Bagaimana? Mari ikuti.



1. Pergi ke pusat beli-belah.

Malu macam mana pun gadis itu pasti mereka ini akan teruja apabila pasangan mereka ingin belanja mereka untuk membeli belah. Maka dengan itu, bawa sahaja mereka ini ke pusat beli-belah jadi pasti akan ada topik perbualan yang akan timbul ketika pusing-pusing membeli belah itu nanti.

2. Mencuba sesuatu yang baru.

Apabila anda bercinta dengan gadis pemalu ini, anda perlu sedikit kreatif. Mereka ini jarang meluahkan, maka dengan itu anda perlu ambil tindakan. Apa kata anda cuba membawanya untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah dicubanya. Sebagai contoh mencuba makanan, sukan mahupun tempat-tempat yang menarik.


3. Bersiar-siar.

Bersiar-siar di sini bukan hanya di taman permainan tetapi boleh juga bawa mereka ini pergi ke zoo melihat haiwan tidak pun pergi ke taman rama-rama, burung atau buaya. Hal ini adalah untuk mencari bahan untuk anda dan dirinya berkomunikasi antara satu sama lain.

4. Menonton wayang.

Bawa mereka ini menonton wayang, di mana ia tidak memerlukan komunikasi yang banyak. Tetapi selepas menonton wayang pasti banyak perbincangan akan terjadi. Maka ia akan menimbulkan rasa selesa pasangan anda itu.

Anda tidak boleh hanya bergantung pada dirinya untuk memulakan perbualan atau perbicaraan. Tetapi anda sendiri kena mencari alternatif untuk membuat hubungan anda bertambah erat. Bukan itu sahaja untuk membuang rasa malu dalam diri mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen