5 Cara Si Dia Bangga Miliki Anda Sebagai Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika menjalinkan satu hubungan, anda pasti tidak sedar adakah pasangan anda begitu bangga miliki anda sebagai pasangannya ataupun tidak. Sudah pasti anda ingin mengetahuinya bukan? Sebenarnya anda boleh melihat tingkahnya untuk mengetahui perkara tersebut. Setiap tingkah dan pergerakannya akan menunjukkan bahawa dirinya sangat beruntung memiliki anda. Mari ketahuinya.



1. Memuji dengan cara yang santai.

Anda merasakan anda tidak berhias secara berlebihan, namun si dia tetap menyatakan anda cantik ataupun begitu terpikat di matanya. Ia bukan memuji pakaian mahupun rupa anda pada ketika itu tetapi lebih secara spontan dan tidak terkawal apabila melihat anda.

2. Menangkap gambar anda secara senyap.

Tidak semua pasangan akan melakukan perkara ini melainkan si dia benar-benar jatuh cinta akan anda. Jadi si dia ingin menyimpan gambar anda dalam cara pemakaian yang berbeza. Walaupun anda merasakan anda hanya mengenakan pakaian yang biasa seperti selalu dan tiada yang istimewa.

3. Memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya.

Apabila si dia terlalu berbangga memiliki anda, si dia tidak akan segan silu untuk memberitahu hubungan kalian kepada rakan-rakannya. Hal ini kerana, si dia berharap agar tiada pihak yang akan mengganggu hubungan kalian berdua.


4. Gambar anda di wallpaper telefon bimbitnya.

Biasanya orang akan menyatakan pasangannya adalah seorang yang setia apabila meletakkan gambar kekasihnya di wallpaper telefon bimbitnya. Sedangkan, si dia sebenarnya sangat berbangga miliki anda sehinggakan ingin melihat anda apabila mereka membuka telefon bimbitnya. Bukan itu sahaja, cara ini juga untuk menunjukkan kepada orang sekeliling bahawa dirinya telah mempunyai pasangan.

Kesimpulannya, jika pasangan anda lakukan semua perkara itu ia menunjukkan bahawa dirinya sangat berbangga memiliki anda. Bukan itu sahaja, mereka ini juga boleh dikatakan sebagai seorang yang setia kepada anda. Jadi jangan ragu-ragu lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen