“She’s The One…” 6 Tanda Teman Wanita Serius Mahukan Anda Sebagai Bakal Suami.

Apabila dalam proses perkenalan antara lelaki dan wanita, pasti si lelaki akan mengatakan “She’s the one for me.” Tiada siapa yang dapat merasakan perasaan itu melainkan hanya lelaki tersebut. Jadi, bagaimana si lelaki akan tahu teman wanitanya benar-benar serius dengannya..



1. Apabila hati mula berbisik.

Sebagai makhluk Allah SWT, kita dibekalkan dengan satu perasaan yang mampu terdetik pada satu saat di mana ia melibatkan hati dan perasaan. Apabila kedua-dua pihak merasakan sudah cukup serasi bersama, pasti akal fikiran dan hati kita akan terdetik “She’s /He’s the one”

2. Si dia dapat merasakan kesakitan bersama.

Apabila perasaan dan hati mula terdetik bersama, sudah tentu segala kekusutan, kesakitan dan pelbagai kesusahan dapat dirasai bersama. Apabila si dia bersedih, anda juga turut bersedih dan mahu melalui kesusahan itu bersama.

Apabila anda berdua sama-sama dapat berhubung melalui jiwa, itu tandanya anda sudah bertemu dengan teman sejiwa. Jadi jangan lepaskan!



3. Si dia mudah untuk dibawa berbincang.

Anda dan pasangan seperti tidak kisah berkongsi segala cerita dan masalah. Malah memang tiada rahsia antara kalian berdua kerana jika anda memendam perasaan, anda seperti hilang arah. Si dia juga tidak takut untuk bersuara, anda juga seperti mahu mendengar segala masalahnya dan sama-sama mengalah.

4. Si dia mampu membaca fikiran.

Si dia mampu membaca fikiran anda ibarat telepati. Si dia juga tahu apa yang anda akan fikirkan melalui beberapa situasi, langkah yang anda mahu lakukan seterusnya meskipun anda tidak bersuara. Jadi, semuanya seperti berlaku dengan lancar.



5. Si dia yang sentiasa sabar dengan kerenah anda.

Tiada manusia yang tidak pernah marah. Jika anda berdua pasangan sejati, pastinya anda akan tahu mengawal kemarahan dan bukannya melepaskan amarah secara berlebih-lebih sehingga menyakiti hati pasangan. Jika ada pasangan yang sering maki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda, dia bukan orang yang harus anda berikan kasih sayang.

6. Sentiasa mengalah dan meminta maaf.

Bukan senang untuk menyebut perkataan maaf kepada orang lebih-lebih kepada yang disayangi. Namun, teman sejiwa sebenarnya akan tahu bila tibanya masa untuk minta maaf. Mereka tidak malu untuk mengakui kesalahan dan merendahkan diri asalkan pasangan tenang dan kembali gembira.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen