Cara-Cara Membuat Hubungan Anda Merasa Lebih Selesa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada permulaan percintaan ia kelihatan sangat sempurna. Bagi anda pasangan anda adalah orang yang akan menyempurnakan anda. Tetapi setelah lama bercinta, anda semakin kurang selesa akan hubungan anda. Anda juga merasakan bahawa dirinya bukan orang yang tepat untuk anda. Jadi bagaimana untuk membuat diri anda merasa lebih selesa dalam hubungan itu? Mari ketahui.



1. Jangan bandingkan hubungan anda.

Anda mungkin lihat hubungan orang lain lebih bahagia daripada hubungan anda. Tetapi setiap hubungan tidak sama. Jadi jangan bandingkan hubungan anda.

2. Terima kebenaran yang menyakitkan.

Jangan susah untuk menerima kekurangan dan pembohongan pasangan kita. Cuba untuk menerimanya walaupun sedikit menyakitkan. Hal ini akan menyebabkan anda dan pasangan akan cuba untuk memperbaiki hubungan.

3. Jangan biarkan ego menguasai diri.

Setiap orang mempunyai ego yang tersendiri dan ego itu juga boleh dikawal mengikut keadaan. Jangan biarkan ego menguasai anda hingga anda menyesali keputusan yang telah anda lakukan.


4. Jangan biarkan pergaduhan menjadi masalah.

Setiap hubungan akan alami pergaduhan. Dan setiap pergaduhan itu boleh didamaikan. Bukan dengan pergaduhan itu menyebabkan hubungan anda dan pasangan menjadi renggang hingga sukar untuk dipulihkan.

5. Jauhi kenangan masa lalu.

Jangan pernah imbas kembali setiap kenangan buruk yang pernah berlaku. Bukan itu sahaja jangan imbas kembali kenangan anda bersama pasangan yang lama. Ia hanya akan memudaratkan hubungan anda sahaja.

Mencari keselesaan dalam hubungan ini boleh dilakukan dengan kemahuan diri sendiri. Melainkan anda sendiri yang mencari tidak keselesaan dan ketidakserasian bersama pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen