Anda Perlu Hentikan 5 Tabiat Mesej Ini Agar Si Dia Terus Meminati Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan pasti akan sentiasa membalas mesej untuk mengetahui situasi dan keadaan kekasihnya. Bukan itu sahaja, saling membalas mesej ini juga mampu membuat satu hubungan itu bertahan dengan lebih lama dan lebih rasa diperlukan. Tetapi tabiat membalas mesej yang teruk akan membuat pasangan anda hilang minat terhadap anda. Mari hentikan lima tabiat mesej yang tidak sepatutnya.



1. Anda sengaja membalas mesejnya dengan lambat.

Perbualan akan menjadi menyeronokkan apabila ia saling bersambung dan tidak terhenti. Jangan bermain dengan perasaannya dengan membuat dirinya menunggu mesej anda.

2. Anda membalas dengan emoji yang berlebihan.

Dengan membalas emoji yang menarik tidak semestinya akan membuat dirinya teruja untuk membalas pesanan anda. Tetapi ia lebih kepada merasakan anda tidak mahu melayan dirinya kerana hanya menggantikan emoji dalam topik perbualan.

3. Anda memaksa dirinya membalas dengan segera.

Jangan risau jika dirinya tidak membalas mesej anda dengan segera. Jangan terlalu memaksa. Anggap sahaja dirinya sibuk dan cuba untuk memahami dirinya.


4. Anda hanya membalas sepatah-sepatah.

Mesej yang menyeronokkan apabila mendapat balasan yang sama panjang seperti dihantar. Ia akan menjadi sangat membosankan apabila seseorang itu membalas mesej sepatah demi sepatah sebagai contoh k, baik dan yelah.

5. Menggunakan tatabahasa dan ejaan yang sukar difahami.

Ketika ini penggunaan bahasa yang betul yang penting dalam membalas mesej ini. Jika anda membalas mesej dengan bahasa yang tidak difahami ia akan menyebabkan rasa minat terhadap anda berkurangan dan ia juga membuat anda kelihatan sedikit pelik.

Biasanya setiap orang akan memandang remeh dari cara membalas pesanan ini. Namun ia adalah perkara yang perlu di perhatikan bagi menarik seseorang untuk terus meminati anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen