Kenapa Wanita Bergelar Suri Rumah Lebih Cenderung Untuk Murung?

Baru-baru ini semakin banyak membaca luahan dan berita isteri yang mengalami depresi. Terutamanya golongan suri rumah sepenuh masa atau bekerja dari rumah.

Masing-masing mempunyai tekanan hidup sendiri, tetapi wanita yang bergelar suri rumah ini lebih mudah untuk mengalami depresi, tambahan jika jenis yang 24/7 terperap di rumah dengan anak-anak kecil berderet.



1. Membanding hidup.

Memang tipikal orang melayu suka sangat membandingkan hidup sendiri dengan orang lain. Malah menyedihkan orang luar suka yang suka membanding-bandingkan dengan orang lain pula.

Sila faham, situasi yang dihadapi setiap orang tidak sama. Contoh; Cabaran anak seorang lain, cabaran anak hyperaktif lain. Begitu juga dengan cabaran isteri duduk sekali dengan suami, isteri duduk berasingan dengan suami serta pasangan suami isteri yang duduk sekali dengan ibu bapa juga adalah berbeza.



2. Komen sarkastik membunuh.

Sebagai orang luar yang tidak tahu hal rumah tangga seseorang, HENTIKAN KOMEN SARKASTIK.

“Orang nak anak tak dapat anak, kau beranak setiap tahun tapi mengadu stress pulak”

Atau

“Dah tahu susah jaga anak kenapa nak beranak? Kenapa kahwin?”

Jangan biasakan lidah untuk bicara sebegitu, terlalu biasa untuk zaman sekarang.



3. Membanding dengan kaum mak terdahulu.

Tidak kurang ada suara sumbang yang membanding surirumah depresi ini dengan kaum nenek & mak-mak dahulu kala yang dikatakan sabar, tabah, kuat, taat tahap super saiya, bukan seperti wanita sekarang.

Semua maklum, kaum mak nenek kita dulu tiada akaun facebook, instagram, whatsapp. Paling-paling pun mampu meluah sesama jiran semasa kupas bawang di majlis rewang, atau meluah dalam diari peribadi.

Kalau ada facebook, twitter dan semua media sosial ni, boleh jadi satu dunia pun sudah mendengar keluhan penat lelah mereka.

Mereka manusia biasa. Mereka bukan robot.



Mohonlah kepada Allah agar sentiasa menyuburkan sifat kasih sayang, belas kasihan dan kemanusiaan dalam hati setiap dari kita, yang nampaknya semakin terhakis dari hari ke hari.

Sangat melegakan bagi penderita depresi apabila ada orang sudi mendengar luahan, memberikan semangat & memahami situasi yang dialami.

Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.

Jadi, jangan lah sesekali memperkecilkan ujian yang sedang ditanggung oleh orang lain.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen