Kenali Punca Yang Menyebabkan Seorang Wanita Itu Hilang Minat Terhadap Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada awal hubungan, anda boleh lihat dirinya begitu bersungguh-sungguh untuk memiliki anda. Tetapi dalam tempoh perkenalan yang lama itu, dirinya sudah mula menjauh. Eh, kata minat tetapi mengapa menjauh? Pasti mereka ini sudah mula mengenal pasti beberapa punca yang membuat dirinya hilang minat terhadap anda. Berikut adalah beberapa punca yang anda perlu elakkan untuk membuat dirinya lari dari anda.



1. Anda tidak berusaha untuk memikat hatinya.

Dalam tempoh perkenalan itu, hanya dirinya sahaja yang bersungguh-sungguh untuk memikat hati anda. Sedangkan anda tidak sebegitu. Anda lebih membiarkan dia yang memulakan langkah.

2. Anda tidak menghormatinya.

Cara paling cepat untuk membuat wanita itu hilang minat terhadap anda adalah dengan tidak menghormatinya. Anda perlu hormat sama ada fizikal, mental dan emosi mereka. Mak dengan itu wanita akan mula terus bersama anda.

3. Anda tidak berkeyakinan.

Wanita mahukan seseorang yang berani untuk dirinya. Berani untuk mendapatkannya tanpa rasa ragu-ragu. Bukan buat mereka tertunggu-tunggu.


4. Suka memandang remeh dalam segala hal.

Anda bukan tidak serius, tetapi anda anggap ia adalah perkara yang mudah. Ia membuatkan dirinya terasa akan anda. Cuba untuk jadi serius dalam sesuatu perkara.

5. Banyak alasan.

Anda tidak berani untuk memulakan. Anda juga berharap dirinya faham akan alasan yang anda berikan. Tetapi ia hanya membuat dia menjauh dari anda.

Lima punca di atas itu juga menunjukkan anda tidak berminat terhadap dirinya. Maka dengan itu, jika anda meminati seseorang dalam tempoh berkenalan tunjukkan yang anda inginkan mereka. Bukan membuat perkara-perkara yang membuat mereka hilang minat terhadap anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen