14 Mesej Yang Membuat Dirinya Ceria Pada Waktu Pagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bangun pagi adalah sesuatu yang sukar untuk mereka yang sukakan tidur. Dan setiap pagi juga, telefon bimbit adalah perkara yang dicari dahulu. Keceriaan pagi akan terjadi apabila mendapat sesuatu yang tidak diharapkan. Ia mungkin perkara yang remeh tetapi ia membantu seseorang itu mudah untuk bangun pagi serta kelihatan lebih bersemangat. Bagaimana caranya? Hanya dengan menghantar kiriman mesej kepada si dia itu sudah memadai. Berikut adalah contoh ayat yang boleh anda hantar kepadanya.



1. Bangun sayang!

2. Selamat pagi si cantik/ handsome!

3. Tahu tak malam tadi I mimpikan You.

4. Bangun, bangun. Semoga Allah memberkati hari awak.

5. Terima kasih kerana pinjamkan telinga malam tadi.

6. Setiap pagi adalah pagi terbaik, kerana saya tahu awak begitu cintakan saya.

7. Saya tahu awak benci bangun awal, tetapi letakkan sikit senyuman di muka kerana saya sayang awak.



8. Jom breakfast sama-sama. Saya tak sabar nak tengok muka awak.

9. Dah bangun jangan lupa call saya. Saya tak sabar nak dengar suara awak.

10. Saya bangun dengan senyuman terbesar di wajah saya kerana awak buat saya gembira sejak kita mula bersama.

11. Pergi tidur dengan senyuman, bangun tidur dengan senyum. Kerana awak adalah salah satu punca senyuman saya.

12. Saya terbangun awal kerana hari ini saya tak sabar kita akan berjumpa.

13. Saya sentiasa fikirkan awak ketika tidur ataupun selepas bangun tidur. Selamat pagi sayang.

14. Mulakan hari dengan senyuman sayang.

Bagi mereka yang mempunyai pasangan, cuba lakukan perkara ini untuk membuat hubungan bertambah erat. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan, lakukan juga perkara ini untuk memikat hati si dia. Pastinya dengan kiriman mesej yang ringkas di awal pagi akan membuat dirinya tersenyum.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen