Apabila menjalinkan hubungan cinta, wanita lah yang paling teruja. Mereka ini berharap banyak perkara untuk hubungan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga inginkan pasangan mereka lakukan banyak perkara untuk mereka. Tetapi mereka tidak pernah luahkan perkara ini. Mereka Cuma berharap pasangan mereka ketahui dan lakukan untuk mereka. Terdapat beberapa expectations yang wanita selalu harapkan. Jom ketahuinya.
1. Berharap pasangannya membalas mesejnya dengan pantas.
Perkara yang paling mudah yang seorang wanita mahukan. Tetapi biasanya perkara ini kerap kali diabaikan. Apabila pasangannya membalas mesejnya dengan pantas ia sangat mengembirakan hatinya.
2. Berharap mudah mesra dengan ibu bapa anda.
Mereka mahu bertemu dengan ibu bapa anda dan beramah mesra dengan mereka. Tetapi mereka tidak selesa untuk melakukan itu pada pertemuan pertama. Ia sentiasa menimbulkan rasa kekok pada dirinya.
3. Berharap didengari apabila perlu.
Mendapat seorang pendengar terbaik adalah perkara yang mereka harapkan. Mereka mahu anda dengar apa yang mereka rasakan. Mereka mahu anda sentiasa mendengar walaupun sesibuk mana pun anda.
4. Berharap anda sentiasa berusaha dengan lebih untuk menghalalkan mereka.
Perkara ini pasti diharapkan oleh semua wanita. Pada permulaan hubungan lagi mereka telah meletakkan harapan ini. Dan mereka mahu harapan itu dipenuhi dengan kejutan dari anda.
5. Berharap anda selalu muncul apabila diperlukan.
Dirinya mahukan anda sebagai penyelamat dirinya. Mereka tidak mahukan yang lain. Mereka berharap anda hadir tanpa sebarang alasan yang mengecewakan dirinya.
Banyak perkara yang wanita harapkan dari pasangannya. Tetapi semuanya tidak diluahkan kerana berharap anda memahaminya.
Tinggalkan Komen