Ketahui Punca Dirinya Masih Mencari Yang Lain, Walaupun Telah Miliki Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak daripada kita akan bermimpi hubungan sempurna dalam pernikahan yang sempurna dengan pasangan sempurna. Malangnya, kesempurnaan tidak selalu akan terjadi dan kita perlu menerima bahawa kita tidak selalu dapat memperoleh apa yang kita inginkan. Kita sering berharap apabila kita jatuh cinta dengan seseorang itu, mereka akan sentiasa ada untuk kita hingga akhir hayat, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Berikut adalah punca mengapa si dia masih mencari yang lain.



1. Dia hanya mencari kawan.

Sudah menjadi kebiasaan seorang lelaki akan mencari rakan untuk berhibur. Anda tidak boleh menyalahkannya. Tetapi, jangan membiarkan dirinya menjalinkan hubungan dengan mudah, kerana ia membolehkan dirinya mudah untuk mencari pengganti anda.

2. Tertarik dengan apa yang tidak diperolehi.

Mereka melihat kebahagiaan orang lain, dan membandingkan kebahagiaan dirinya. Mereka ingin apa yang pasangan lain mahukan. Mereka juga mahu apa yang anda tidak mampu berikan.


3. Dia tidak berpuas hati dengan anda.

Mungkin dia fikir dia hanya membuat kesilapan. Mungkin hubungan itu gagal memenuhi harapannya dan dia tidak merasa terpenuhi sama sekali. Mungkin dia hanya cuba memanfaatkan keadaan dengan mencari cinta di tempat lain.

4. Rasa kurang dihargai.

Mungkin dia tidak merasakan anda menghargainya. Maka dengan itu, dia mula mencari apa yang mereka mahukan. Dan orang lain mampu berikan itu padanya.

Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan dirinya dalam hal ini. Mungkin anda juga melakukan kesilapan dalam hubungan kalian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen