Tips Perkahwinan: Pengurusan Kewangan Bagi Bakal Pengantin.

Merancang pengurusan kewangan untuk pasangan yang baru bernikah sangat penting, supaya kehidupan antara anda berdua tidak terumbang ambing di awal perkahwinan. Jadi, bagi mereka yang seperti tiada hala tuju dan tiada perancangan sebelum bernikah walaupun 50%, jom ikuti tips ini..



1. Merangka bajet keluarga.

Semasa bujang makan Maggie setiap hari pun anda tidak kisah, tiada sabun mandi asalkan letak bedak di badan pun anda anggap ia remeh. Tetapi setelah berkahwin perlu ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.

2. Merekod perbelanjaan.

Merekod segala perbelanjaan makan, minum, membeli pakaian atau perabot baru, malah anda perlu mencatat perbelanjaan di luar jangkaan anda atau pada masa kecemasan seperti maintenance aircond atau repair paip atau sinki.



3. Membuat tabung atau pecahan keperluan.

Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah;

-Barang dapur

-Belanja makan

-Ansuran rumah

-Ansuran kereta

-Kos bil air & elektrik

-Hiburan



-Perlindungan takaful

-Tabung simpanan

-Tabung pelaburan

-Tabung pendidikan anak-anak

-Tabung kecemasan / luar jangka

-Tabungan bercuti

-Tabung pencen

-Tabung baik pulih kenderan / rumah



4. Simpanan dan melabur.

Anda perlu menyimpan dengan cara bijak, dan menyimpan di dalam account bank biasa tidak memberi anda keuntungan. Maka, anda perlu melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat seperti unit amanah Islamik, pelaburan perumahan, pelaburan emas, ASB Financing dan sebagainya.

5. Perlindungan Takaful.

Lindungi lah keluarga anda dengan perlindungan takaful atau mana-mana ajen, perkara ini penting untuk masa hadapan. Jangan lah anda sanggup membayar bill Astro setiap bulan walaupun hanya dihidang drama yang berulangan, tetapi tidak sanggup mengambil insurans perlindungan.



6. Hindari hutang.

Tolong elakkan diri anda daripada berhutang, perlu ingat formula ini PENDAPATAN – SIMPANAN = BELANJA. Jika boleh, kumpul duit simpanan dan beli barang secara tunai daripada ansuran setiap bulan.

7. Had penggunaan kad kredit.

Penggunaan kad kredit sangat membahayakan, elakkan memiliki kad kredit jika boleh kerana ia hanya menambah hutang dan anda perlu disiplin membayar setiap bulan. Tetapi kadang-kala kad kredit boleh digunakan ketika waktu emergency atau waktu-waktu tertentu.

Seperti waktu anda dimasukkan hospital dan tiada tunai, website yang memerlukan anda membuat bayaran menggunakan kad kredit, atau stesen minyak. Jadi, anda perlu mengawal had penggunaan kad kredit, dan tidak perlu memiliki kad kredit yang banyak. Cukup hanya satu sahaja.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen