Adakah Anda Tergolong Dalam Lelaki Gentleman? 8 Ciri-Ciri Lelaki Gentleman.

Lelaki gentleman pasti menjadi dambaan setiap wanita. Siapa sahaja tidak mahu lelaki jenis ini. Bijak mengambil hati wanita, menghormati wanita tidak kira yang tua atau pun muda, malah setiap perilakunya pasti orang ramai amat senang dengan kehadirannya.

Jom baca ciri-ciri tersebut..



1. Soft spoken dan sopan santun.

Bukan bermakna cara percakapannya seperti wanita, tetapi segala pertuturan dan penyusunan ayatnya amat senang didengari oleh kaum wanita. Tiada kata-kata kasar, kesat, maki dan lucah. Tetapi apabila dengan rakan lelaki sudah pasti gaya percakapannya berubah sedikit, nanti apa orang cakap pula.

Percakapan dengan orang tua juga sentiasa dijaga.

2. Memegang tangan.

Lelaki ini tidak kisah memegang tangan ibunya untuk melintas jalan, tiada perasaan malu untuk sentiasa berdampingan dengan ibunya. Bukan lah terlalu manja sehingga menjadi ‘Anak Mak’, tetapi memang lelaki ini pandai mengambil hati ibu. Nanti setelah berkahwin, pasti dia akan lakukan pada isterinya pula.



3. Caring.

Lelaki ini pandai mengambil berat tidak kira, ibunya, adik, kakak malah pada teman wanita. Sentiasa mendengar masalah anda, jika anda mempunyai luahan hati yang terpendam.

4. Konsep ‘After You’.

Lelaki ini sentiasa mendahulukan wanita seperti bukakan pintu kedai untuknya, bukakan pintu kereta atau ambilkan makanan ketika di majlis perkahwinan teman.



5. Cakap Berlapik.

Seperti point nombor satu, lelaki ini bijak menyusun ayat dan berlapik. Bukan lah menjadi sweet talker, tetapi bijak twist-kan keadaan supaya teman wanitanya tidak berkecil hati, “Mungkin baju ni tak sesuai untuk kita pergi lunch sayang, sebab dia cantik pakai waktu malam…”

6. Tidak sendawa dan kentut secara terang-terangan.

Ya, sudah pasti baunya sangat menjengkelkan dan membuat wanita menjadi tidak selesa. Tetapi lelaki ini tidak pula melakukan perkara ini dengan jelas, pasti dilakukan secara sembunyi. Jika sendawa pun, pasti larikan diri seketika jauh sedikit daripada teman wanita.



7. Mengakui kesilapannya.

Lelaki ini tidak ego untuk mengakui kesilapannya sendiri, dan akan meminta maaf untuk tidak mengulanginya lagi.

8. Merokok.

Tidak pasti lelaki gentleman akan merokok atau tidak, tetapi yang pasti jika mereka merokok pun pasti jauh daripada orang ramai untuk mengelakkan asap rokok terkena pada orang lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen