Bagaimana Wanita Menilai Lelaki Melalui Pandangan Pertama?

Wanita sering didedahkan bagaimana penilaian seorang lelaki terhadap mereka pada pandangan yang pertama atau saat-saat pertama kali bertemu. Lelaki juga perlu tahu, wanita juga walaubagaimanapun pasti akan menilai seorang lelaki melalui pandangan kasar mereka.



Tidak kira lelaki itu kacak atau pun tidak, jika mereka duduk sekumpulan dengan sahabat wanita yang lain, pasti ada sahaja topik tentang lelaki yang lalu didepan mereka. Dan apabila mereka mendekati lelaki tersebut, pasti ada sesuatu perkara yang menarik perhatian mereka.

Jom ketahui cara penilaian seorang wanita terhadap lelaki..

1. Bau badan.

Pertama sekali sudah tentu bau badan. Apabila seorang wanita mendekati seorang lelaki, sudah tentu bau badan yang akan menarik perhatian mereka dahulu. Jika lelaki itu perokok tegar, sudah tentu wanita akan menjauhi lelaki sebegini.



Jika ditambah pula dengan gigi kekuningan, pandang pun mereka tidak mahu.

2. Ketinggian.

Apabila wanita cuba berdiri dekat dengan lelaki tersebut, sebenarnya mereka mahu tahu lebih dekat tentang ketinggian anda. Lelaki yang lebih tinggi daripada wanita, kebiasaannya lebih nampak outstanding dan mereka merasakan anda mampu melindungi mereka. Jika pendek, anda sebenarnya nampak seperti keanak-anakan.

3. Postur badan.

Adakah lelaki itu bongkok hanya kerana terlalu tinggi dan kurus? Adakah lelaki itu sado dan tegap, apabila mengenakan pakaian suit kerja menjadi lebih kacak? Semua itu mereka perhatikan.



4. Lengan berotot.

Wanita mengandaikan lelaki yang memiliki lengan yang berotot pasti kuat dan rajin bekerja. Bukan sahaja berotot, tangan yang berurat sudah tentu mendapat lebih perhatian. Oleh kerana itu, lelaki zaman sekarang lebih meluangkan masa di gym.

5. Kebolehan berjenaka.

Apabila pertama kali bertemu, wanita pasti melihat jika lelaki tu pandai berjenaka atau pun tidak. Mampu membuat mereka ketawa atau membuatkan mereka berasa bosan apabila bersama dengan lelaki tersebut. Ini kerana wanita gemar lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa dan gembira.



6. Rahang.

Kebanyakan wanita memang jatuh cinta pada lelaki yang memiliki rahang yang tajam dan menonjolkan wajah lelaki tersebut.

7. Senyuman.

Selain daripada lelaki, wanita juga suka melihat barisan gigi yang tersusun dan putih yang menyerlahkan senyuman. Jadi jagalah kebersihan mulut anda kerana dari senyuman mungkin anda bisa menawan hati wanita idaman anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen