5 Maksud Ayat Tersirat Daripada Wanita Yang Sukar Difahami Orang Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki dan wanita ini mempunyai perbezaan pemikiran, dan gaya meluahkan perasaan. Wanita ini lebih bersifat tertutup, di mana mereka ini berharap pasangan mereka memahami apa yang mereka mahukan. Manakala, seorang lelaki pula lebih bersifat terbuka dengan memberitahu apa yang mereka mahukan. Maka dengan itu, untuk memahami wanita ini agar rumit. Hal ini kerana, mereka biasanya memberikan ayat-ayat yang meragukan pasangannya. Jom ketahui maksud tersirat ayat seorang wanita.



1. “Okay.”

Apabila seseorang wanita hanya menjawab okay itu menandakan mereka ini tidak berpuas hati dengan keputusan yang anda lakukan. Mereka cuba untuk tidak bergaduh dengan anda, tetapi tetap ingin menunjukkan bahawa anda yang bersalah. Jadi bila pasangan anda berkata ‘okay’ sahaja, cepat-cepat tanya sekiranya terdapat masalah.

2. “Tidak ada apa-apa.”

Bila seorang wanita menyatakan “tidak ada apa-apa” ia menandakan sememangnya ada sesuatu yang perlu anda tahu. Sudah menjadi kebiasaan wanita untuk tidak berterus terang dengan pasangannya. Sebagai seorang lelaki, cuba ambil sedikit tindakan untuk memastikan dirinya benar-benar tidak apa-apa dan menenangkan dirinya.

3. “Suka hati lah.”

Mereka bukan memberi persetujuan, malah mereka ia ayat yang menyindir dan mencabar anda. Sekiranya anda melakukannya maka, siap lah anda nanti. Jangan mudah keliru dengan ayat menyerah kalah dan mencabar ini pula ya.


4. “Kan best kalau…”

Ayat ini sebenarnya berbentuk arahan ataupun permintaan mereka. Mereka meluahkan melalui maksud ini untuk mebuat pasangan mereka lebih faham bahawa dirinya sangat mahukan perkara itu. Maka anda perlu lakukan tindakan dengan segera bukanya membiarkanya menanti tindakan anda.

5. “Bagi saya 5 minit.”

Apabila dirinya meminta 5 minit daripada anda, anda jangan salah sangka. Ia bukanlah secepat itu. Ia mungkin boleh jadi mengambil masa yang lama. Maka jangan terus bertindak apabila ia nyatakan bahawa masa menunggu hanya lima minit sahaja.

Ini adalah cara untuk memahami pasangan anda dengan lebih dekat. Mereka ini akan cuba untuk tidak berterus terang dengan anda tetapi lebih suka bermain teka teki dengan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen