Cara Efektif Untuk Meleraikan Pergaduhan Antara Anda Dan Pasangan.

Perkara normal di dalam bercinta seringnya berlaku pergaduhan, kemudian pasti berbaik kembali dan berlaku pergaduhan sekali lagi sehingga anda benar-benar mengetahui sikap pasangan yang sebenar. Seperti perumpamaan, sedangkan lidah lagi tergigit yang sering terjadi diantara pasangan yang sedang hangat bercinta atau pun yang sudah berkahwin.



Pergaduhan antara pasangan juga adalah suatu perkara yang mampu mengeratkan hubungan kerana anda akan lebih mengenali mereka dengan cara yang lebih dekat dan akan cuba perbaiki kelemahan masing-masing.

Jadi jom ketahui cara yang efektif untuk meleraikan pergaduhan anda berdua..

1. Jangan memberi respon yang menyakitkan hati.

Ketika pasangan sedang marah dan berkeras hati untuk mendengar pendapat mereka sahaja yang betul, maka anda perlu lah mendiamkan diri dan jauhkan jarak anda beberapa meter daripada si dia. Sebolehnya hanya menatap wajah si dia yang sedang marah dan fikirkan sesuatu yang lain daripada lain, atau luar daripada kotak fikiran.

Jika anda cuba melawan, pasti situasi ini takkan reda dan berpanjangan.



2. Cuba mengalah.

Tidak salah untuk mengalah malah tidak berdosa, ia menunjukkan anda adalah seorang yang matang dan rendah egonya. Ini kerana, jika salah seorang langsung tiada inisiatif untuk mengalah pasti konflik makin berpanjangan dan tiada solusi untuk diselesaikan. Akhirnya anda berdua menjadi penat dan hubungan anda sia-sia sahaja.

3. Bertindak sebelum berfikir.

Menurut kajian, otak kita mempunyai sifat negatif semula jadi yang akan menjadi aktif setelah menerima berita yang kurang enak. Oleh kerana itu ketika marah, kita akan secara automatik mengungkit perkara yang tidak elok atau mengeluarkan kata-kata negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut kita.



Jadi, elakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat ketika pergaduhan khuatir pasangan akan lebih terluka. Percayalah, anda akan merasa lebih sedih setelah pertelingkahan berakhir dengan kata-kata kesat yang dilemparkan.

4. Selitkan unsur positif

Ketika pergaduhan, selitkan sedikit unsur positif seperti membuat lawak atau pun memegang tangan pasangan dan memeluknya. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of marriage and Family, sedikit keintiman mampu menambahkan keakraban pasangan. Panggil si dia dengan kata-kata sayang dan ingat susah senang yang anda lalui bersama. Ini dapat memendekkan tempoh pergaduhan anda berdua.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen