Hati-Hati Dengan Lelaki Yang Kuat Mengongkong.

Apakah tanda-tanda teman lelaki atau suami anda adalah seorang yang kuat mengongkong anda? Jom baca…

1. Merendahkan kebolehan.

Si dia tidak suka apabila anda terlalu berdikari dan tidak meminta tolong daripadanya. Ini kerana wanita yang sering meminta pertolongan daripada lelaki, akan membuat mereka berasa berkuasa dan dominan, sekaligus dapat mengawal atau mengongkong segala aktiviti anda.

Ini akan menyebabkan anda yang kurang keyakinan diri dan menjadikan kamu beranggapan hidup tanpanya adalah mustahil.

2. Mahu tahu segala.

Si dia tidak suka apabila anda mempunyai rahsia dan pasti akan membangkitkan kemarahannya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada si dia dan mesti di dalam pengetahuannya. Jika dia tahu anda berbohong, dia akan menangis dan menganggap anda tidak menyayanginya. Dia akan mempersoalkan kesetiaan kamu.

3. Jangan bergembira tanpa dirinya.

Hatinya jadi resah bila mengetahui kamu sedang menikmati saat gembira bersama rakan-rakan tanpa dia di sisi. Jika boleh, dia ingin menjadi yang pertama membuat sesuatu perkara yang baru bersama anda. Bila ditanya mengapa muka masam mencuka, dia memberi alasan bertentangan dan menyalahkan kamu kerana menyebabkan harinya tidak gembira.

4. Cemburu buta.

Tidak salah cemburu. Namun jika cemburu akan perihal yang tidak sepatutnya, ia hanya mengundang rimas dalam jiwa dan tertekan.

Cinta seharusnya merapatkan hubungan antara manusia. Namun, jika kekasihmu lebih tegar memiliki dirimu seorang diri dan menjauhkan kamu daripada keluarga dan rakan tersayang, ini menunjukkan dia adalah lelaki mengongkong.

5. Hilang kebebasan.

Bukan hanya disekat kebebasan untuk kamu keluar bergembira bersama rakan-rakan, malah dihalang daripada menyuarakan pendapat dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Setiap minit perlu bersama si dia dan kamu tidak digalakkan untuk berjaya di atas kaki sendiri. Segala keputusan hanya dia yang perlu lakukan tanpa mengambil kira apa yang anda inginkan. Bukankah ia membebankan jiwa dan raga?

6. Kurang keyakinan diri

Panas hatinya melihat anda keluar bergaya. Lelaki mengongkong kebiasaannya rasa rendah diri dengan diri sendiri lalu melarang kamu bergaya dan bersolek walau senipis mungkin kerana dia tidak mahu lelaki lain memandang atau bercakap mengenai dirinya yang tidak secocok apabila jalan beriringan denganmu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen